Monday, 16 November 2020

Riadah

 


Riadah ke Bukit Limau Bandar Baharu,Bukitnya tidak tinggi dan pemandangan nya cantik.Banyak ditanam pokok limau.










Monday, 27 April 2020

PALESTIN 2014




Menziarahi masjid Al Aqsa di Palestin,Jerusalem tahun 2014
bersama rombongan Andalusia travel.

Alhamdulillah aku dan suami diberi peluang oleh Allah  menziarahi 3 masjid pada tahun ini.
Menziarahi masjid al aqsa di Palestin,Masjid Nabawi di Madinah dan masjidil Al haram di Mekah.Kami pergi bersama pakej Andalusia travel.Dalam group kami ada 24 org sahaja .Yang sorang tu seorg guru perempuan dari Trengganu telah 6 kali menziarahi bumi Palestin.Masyaallah.


Di belakang tu adalah As Saqrah.Di dalamnya terdapat batu tergantung yang suatu masa dulu ingin mengikut nabi ke sidratul Muntaha langit ketika peristiwa israq mikraj.Atas kehendak Allah batu itu tidak dibenarkan ikiu Nabi saw maka tergantunglah batu itu di udara.Pada zaman khalifah batu itu disimen kelihatan tidak tergantung untuk mengelakkkan akal manusia tidak tercapai memikirkan keajaibannya.

Kubah As Saqrah memang dilapisi kepingan emas.
Pokok-pokok di kawasan perkarangan masjid al aqsa dicat putih batangnya untuk dapat bertahan lama.Suasana keliling sunyi kerana rakyat tempatan palestin tidak dibenarkan masuk.Hanya pelancong sahaja dibenarkan masuk.Pintu masuk dikawal oleh askar Israel .

Bahagian atas tu batu tergantung yang telah disimen ke dinding.Ada juga yang solat sunat di bawah batu ini ambil berkat.Oleh kerana gelap lampu dinyalakan.Agak sejuk di sini tambahan Palestin memang suhu sedehana sejuk.Waktu subuh pagi suhu hingga mencecah 10 degree celcius.Ake memakai baju 3 lapis menahan sejuk.

Masjid al aqsa yang dibina semula.

Dari depan hotel untuk masuk lorong ke masjid al aqsa.Disepanjang lorong banyak peniaga menjual buah-buahan ,makanan dan tasbih souvinier.Askar askar israel bersepah mengawal kawasan.Rakyat Palestin berada di seberang tembok besar,Jalan ke masjid berbatu besar ,tua dan lama serta keras.Kasut mesti sesuai dan kena balance kan diri berhati-hati melangkah licin bimbang terjatuh.Ada juga ah;i rombongan yang terjatuh licin.Dari hotel ke masjid dalam 300m juga berjalan kaki.

Setelah selesai solat subuh kami sempat merakam kenangan di sini.Entah bila akan berpeluang ke sini lagi.Syukur ya Allah kerana berpeluang ke sini.Teringat kisah nabi Ibrahim as membina masjid ini dengan bantuan malaikat.

Lorong menuju ke masjid.Kiri kanan adalah rumah orang .Pemandu pelancong kami bernama Kasim.Lelaki berbadan besar orang Palestin.

Tangga-tangga batu.

Imam masjid al aqsa berpesan bahawa semua orang Islam bersaudara.Dijemput semua orang islam sedumia ziarahilah masjid alaqsa dan berdoa agar ia tetap terpelihara dari musuh terutamanya Israel.

Bahagian belakang masjid alaqsa.

Masjid alaqsa.

perkarangan masjid.

dalam kawasan masjid alaqsa.

As saqrah./Domes rock/kubah batu tergantung


Bandar Jericho bandar tertua di dunia.

bawah batu tergantung

 Bumi Palestin subur iklim sederhana.

 


 

 

 


Di belakang yang berjanggut tu pakci Sabahan bersama 2 oarang anak dan seorang cucu.Atuknya belanja datang sempena pencen atuknya.

 

 

 
Pasangan guru dari Kelantan.



Plat kereta kuning untuk Israel.Putih utnuk Palestin.

 Bumi Palestin walau tanah berbatu ta[i sangat subur,Banyak tanaman .

 

 

 

 
 

 


 


 selepas solat isya

 
 Fi dalam masjid al aqsa .Jemaah tidak ramai hanya pelancong dibenarkan masuk.



 


 
Dinding luar pekarangan masjid tembok batu yang tinggi dan besar.

 

 

 

 

 

 

 

 Berhampiran rumah kelahiran nabi Isa as di Juruselum.



 
Berkumpul untuk menziarahi makam nabi Daud as .Bahagian lelaki tidak dibenarkan masuk kerana puak-puak Yahudi malaun sedang menarinari memuja makam.Bahagian perempuan aku dapat juga masuk tetapi ditegur sinis oleh kanak-kanak Yahudi.

 

Yang bebalut kain putih itu makam nabi Daud as.Ramai wanita yahudi sedang menari-nari memuja .Aku hanya sempat berdoa pendek.
Alhamdulillah Allah mengizinkan aku dan suami berziarah ke bumi anbia Palestin.





Bahagian lelaki tersekat di sini,Ridak dibenarkan masuk.

 

 

 

 





Ini lah tge great bank tembok besar yang memisahkan rakyat Palestin dari Juruselum.

 
Tanah Palestin yang subur dengan tanaman biar tanahnya berbatu-batu.

 

 



 

 
Sesampainya kami di sempadan Jordan dengan bas kami singgah membeli sourviner.Apa yang kami beli ialah olive oil.Minyak zaitun .

Bahan sourviner

 

 Bandar Hebron.

 Bangunan bandar mereka sekadar batu batu kasar tidak secantik Malaysia.Bentuk pun hanya 4 segi sahaja tiada bentuk yang lain hanya bentuk kotak sahaja.

 
Kami di bawa melawat makan nabi Ibrahim as.Di sini kuga ada makam Siti Hajar dan Nabi Ismail as.Makam bukan tanah kubor tetapi tempat/rumah yangbpernah didiami.

 



 


Ada yang membaca kitab di sini sambil bersantai.



 

 

 Di kesempatan yang ada kami banyak berdoa di sini.

 

 








  Inilah bab yang aku suka.Setelah penat berziarah kami singgah di restoren untuk makan tengahari.Kali ini nasi arab sangat sedap.Ayam dimasak sekali dengan nasi dimakan juga dengan roti bom mereka.Lapar pasti sedap.






 Ada juga dijual jubah di sini.Aku sempat membeli selipar kulit yang tahan lasak.Guna duit Euro tak tau la harganya lebih kurang rm30.

 
Terjumpa pula anak palestin yang comel ini.Teringat anak-anaku di Malaysia yang kutinggalkan .Semuga mereka berdikari,Kami kerap buat video call bertanya khabar,

 pokok zaitun yang sangat banyak.

Great bank


 


 Sejuk dan nyaman.Aku masih bersweater menahan sejuk.


 

Menziarahi makam nabi Ayub as di Jordan.




  Berdoa di makam.


Kami cuna berziarah makam Rabiatul Adawiyah.

 



Berjaya menuruni tangga batu ke makam Rabiatul Adawiyah as,