Sunday, 9 November 2014

Cameron lagi

Ketika Lembah Bertam dilanda banjir lumpur akibat limpahan air bersama lumpur yang dikeluarkan oleh Empangan Sultan Abu Bakar,Ringlet.Semasa kejadian banjir ini sudah terdapat pasangan suami isteri Indon yang bekerja di ladang sayur .dihanyutkan lumpur n terbunuh.

Tragedi Banjir Lumpur Beri Pengajaran Kepada Penduduk Lembah Bertam

CAMERON HIGHLANDS (Bernama) -- Tragedi banjir lumpur yang mengorbankan empat nyawa penduduk di Lembah Bertam di sini tahun lepas memberi pengajaran kepada penduduk kawasan terlibat supaya lebih peka dengan bunyi siren amaran.

K. Kumutham, 47, berkata sebelum kejadian itu, penduduk memandang ringan dan tidak mengendahkan bunyi siren amaran pelepasan air dari Empangan Sultan Abu Bakar.

"Selepas kejadian banjir lumpur berlaku ia memberi pengajaran kepada saya dan penduduk supaya bersiap sedia menyelamatkan diri dan keluarga serta berpindah ke kawasan lain," katanya kepada Bernama Khamis.

Wanita pengusaha kedai runcit di Lembah Bertam itu berkata apabila siren berbunyi penduduk tahu air dari Empangan Sultan Abu Bakar akan dilepaskan dan mereka boleh bersiap sedia berpindah ke kawasan lebih selamat.

Kumutham yang mengusahakan kedainya selama 20 tahun berkata perniagaannya tidak terjejas ekoran kejadian itu.

Anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lembah Bertam Hok Mok Sang, 67, yang lebih dikenali sebagai Mat Noor, berkata air empangan dilepaskan secara berperingkat bagi mengelak kejadian sebelum ini berulang.

Beliau berkata sebelum air dilepaskan siren dibunyikan untuk memberi amaran kepada penduduk supaya berjaga-jaga.

"Rela, bomba, JKKK bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memberitahu penduduk air empangan akan dilepaskan" katanya.

Beliau berkata apabila siren dibunyikan penduduk bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan termasuk menyelamatkan dokumen 




Mencuba pakai jaket kulit yang dibeli di Istanbul.

Ramai yang bergambar kenang-kenangan di ladang teh ini.

Pucuk-pucuk teh  muda sedang bercambah.Kelihatanya  daun teh  muda ini belum di petik.Pokok teh separas pinggang tingginya sudah berusia puluhan tahun.

Selepas minum teh tarik kami bergambar keluarga Dato Mansor di ladang teh Bharat Plantation.

Sementara menunggu kami berkemas untuk check out,sempatlah mereka ini menonton tv.Pagi Ahad,9 Nov kami telah bersarapan dengan nasi goreng,mi goreng, kuateaw goreng,roti n jem,milo panas n teh panas semuanya kami masak sendiri dengan semua peralatan yang telah kami bawa.

 
Di dalam banglo ini disediakan bahagian dapur yang boleh digunakan untuk memasak.Ada dapur gas,periuk nasi elektrik,cerek  air dan mikrowave.Sebelum 2014 memang disediakan sedikit pinggan mangkuk kaca berlabel RPH,kuali,jug air tetapi November 2014 semuanya tidak disediakan.Biasalah kalau keluarga besar macam kami ,suka memasak sendiri jadi nasib baiklah kali ini kami membawa periuk,kuali,pinggan mangkuk sendiri jadi tertunailah hajat memasak kari kapla ikan merah,sambal sotong,sayur goreng untuk juadah makan tengah hari untuk 4 keluarga yang dianggotai oleh 18 orang kali ini.


Banglo Dahlia di Rumah Peranginan Persekutuan-RPH yang selalu kami sewa dengan kadar RM100/malam dan haya layak disewa apabila gred DG48 keatas.Ada 1 master bedroom dengan katil queen dan 2 bilik di tingkat bawah.Bilik di tingkat bawah ada 1 katil queen dan satu katil bujang dilengkapi selimut tebal n bantal,almari baju n solek serta bilik air disiapkan hot water.Setiap bilik tidur ada aircond yang boleh dipasang hingga 30 degree Celcius barulah rasa panas sedikit berbanding cuaca d i luar yang sejuk.Kawasan RPH ni sejuk sebab atas bukit dan masih ada hutan sedikit di bahagian belakangnya. Di bahagian depannya pasti kebun strawbery n ada di jual airkerim strawbery yang sedap.

Teh tarik yang sangat kaw kata mereka tetapi kuantiti gula yang banyak serta rasa teh yang kelat.Kanak-kanak pastinya suka makan ais kerim n donat.
Pekena teh tarik di Bharat Plantation...teh kelatn manis...




Wednesday, 5 November 2014

7-9 nov 2014 Cameron kali ke...

7 Nov 2014
Entah kali ke berapa aku mengunjungi bumi Cameron.Mungkin kali k-5 menduduki Rumah Peranginan kerajaan Persekutuan RPH .Banglo disewa RM100/mlm hanya layak utk kakitangan kerajaan yang bergred DG 48 ke atas.Awal tahun 2014 - Januari aku menyewa di sini juga tetapi masa itu bersama keluarga adik iparku,Kartini...jadi pengghuninya tidaklah ramai...
Sewa bilik RM25/night RPHCameron 2010

RPH Cameron 2011
sepatutnya aparment RM50/night tapi ketika ini aparment sedang dibaik pulih/upgrade jadi kami diberi bermalam di banglo 3 bilik.Jadi kami hanya dibenarkan menggunakan dua bilik di bawah sahaja dan bilik atas tidak dibenarkan menggunakannya.Esoknya kami diberi tinggal di aparment yang telah diupgrade tandasnya lebih baru.Makan ais kerim strawberi di strawbery farm di depan RPH Rm5/cup...


Depan banglo RPH

ruang tamu  banglo

mereka juga makan ais kerim strawbery

rauang makan banglo

membeli teh di kedai MARA Tanah Rata

tangga menuju bilik di tingkat atas,master bedroom

check in

ruang tamu  apartment

ladang teh 

bersama pokok teh

pekan Tanah Rata

Pasar malam Brincang

ruang tamu banglo tahun 2011
kamar tidur bilik bawah

ladang teh Sungai Palas Cameron tahun 2004
Cameron 2007 sebagai fasilitator SPM




2013

Jan 2013 teramai la pula ahli yang menghuni Banglo Dahlia kali ini.Maka kali ini kena la bayar lebih RM10/malam untuk satu kepala yang lebih tu.Kebetulan big bos pengurus RPH menunggu di depan pagar dan kebetulan pula kami bergambar ramai-ramai di depan banglo ini.Hafiz membawa kawan-kawanya 1 van.Saiful pula membawa kawan dan adik beradiknya 1 avanza.Jumlah 30 orang penghuni kali ini.