

Di sepanjang jalan rumah-rumah ada taman-taman bunga yang cantik.
Di mana terdapat rumah windmill yang lama daripada kayu .Sengaja dipelihara untuk pelancongan.Malangnya semasa kami tiba hari ini 19 Mac 2017 bersamaan hari isnin Allah turunkan hujan.Walau hujan tak lebat tapi cukup basah n menyejukkan kami.Selain memakai jacket tebal terpaksalah beli baju hujan pula 4 euro sedangkan baju hujan tu di Malaysia hanya rm4.

Di Zanse cha kami melawat kedai2 souvinier dan kedai menjual hot choclate dan kedai membuat cheese.Ada show membuat cheese tapi yang baiknya dikedai ini dibenarkan solat di ruang restoren...dapatlah kami solat jamak qasar zuhur n asar.


Walaupun pemilik kedai bukan Islam tapi mereka benarkan kami solat di ruang kosong restoren di tingkat atas.Dapatlah kami solat jamak qasar zohor dan asar secara berjemaah.Ini yang kami suka dengan Al Ilmi Travel.sangat menjaga solat dan sering baca alquran ketika dalam bas di sepanjang perjalanan yang jauh.



Sekali sekala bas kami ditimpa hujan sepanjang perjalanan menambahkan kesejukan kedinginan .Sepanjang berada di bumi Eropah ini kami memakai winter coat,/ baju yang tebal kerana bulan mac adalah akhir musin sejuk.Sejuknya masih terasa hingga ke tulang.Kulit cepat kering perlu krim pelembab. Sarung tangan dan stokin tebal sentiasa dipakai.Waktu solat tak perlu pakai telekung sebab semua telah menutup aurat.Masa untuk mengambil wuduk perlu buka pakaian termasuk coat.Di dalam toilet semestinya sudah ada tempat menyangkut jacket/coat.Orang barat ni bilik airnya tak suka ada air di lantai.Maka kami kena berhati-hati di bilik air.Biasanya botol mineral kami isi dengan air untuk kegunaan dalam toilet dan pastikan lantai atau tepi-tepi toilet kering selepas digunakan makanya guna tisu tandas yang disediakan.
Jangan angkat kaki ke singki untuk wuduk pasti tidak sopan dan akan dimarahi oleh penjaga toilet.Sepanjang masa di bumi Eropah kami selalu menjaga akhlak dan perlakuan kerana kami menjadi perhatian orang barat terutama non muslim.Kami adalah duta muslim di sini.


Kedai membuat chesee yang menbenarkan kami solat di ruang restorennya.
Replika terompah kayu wood clog di depan kedai menjual chesee.