Delay 30 minit. Alhamdulillah flight selamat tiba di airport Soekarno Hatta jam 12 .10 tgh selepas terbang 2 jam .
Kerol kenalah aktifkan apps grab.Tiba di W residence yg telah dibook melalui OYO.
Hampir jam 3 ptg baru cek in hotel.Selepas solat jamak takdim n qasar zohor dan asar kami keluar untuk makan tengahari.Makan soto.Selepas itu misi mencari simcard hp.Agak sukar mendapatkannya almaklum area kami tinggal adalah bandar tua Jakarta.Maik kojak beregrak dari satu tempat ke satu tepat.Akhirnya dapat RM15 utk 1 minggu dengan 3Gt.Lansung kami ambil grab untuk ke Tamrin City pusat bandar Jakarta .Oleh kerana malam minggu pastinya macet di sana sini.Agak berjam di dalam grab.Akhirnya sampai juga sempat window shopping kemudian dinner.Balik ke hotel dengan grab.Hampir jam 11 tiba di hotel.Seterusnya aku google laman blog orang untuk dapatkan no supir di Bandung.Sementara itu suami dan anakku kerol sempat keluar untuk makan-makan di warung .
Esok seawal sesudah subuhnya jam 4.05 pagi kami bersiap untuk ke stesyen keretapi Gambir untuk ke Bandung.jam 5.30 pagi terpacak di tepi jalan untuk dapatkan grab.Tiba di stesyen keretapi Gambir sempat bersarapan sementara menunggu jam 7.50 keretapi Parahayangan.
Kali ini terkena bfast mahal.Sepatutnya keluar makan dari kawasan stesyen tetapi tersilap langkah termasuk kedai di dalam sstesyen .minum kopi n soto untuk 4 orang sahaja RM120 .
Sementara menunggu keretapi sempat en somi berbual bual dengan pakcik Indon yang datang menziarahi anaknya sakit di Jakarta dan sedang menunggu keretapi ke Bandung.Nasib baik bertanya dengan adik manis indon keretapi parahayangan rupanya sudah tersedia di belakang kami.Cepat-cepat kami naik ke koc eskekutif.Tiket telah kami tempah dan bayar di Malaysia lagi.








9 dis 2019 Isnin
jam 8.00 pagi kami sudah menunggu supir Pak Rano di loby hotel Astria Graha.
8 dis 2019 Ahad di The Lodge of Maribaya.
Tiket masuk Idr60/person untuk 2 lorong katanya.Di pintu keluar disediakan air minuman percuma.Tempat pertama masuk ambil foto.Jika ingin bergambar dengan aksi-aksi tertentu byar lagi. Kami hanya bergambar dengan belon udara panas ini sahaja kerana tidak gayat sangat.Kawasannya berbukit.Menuruni tanga-tangga simen dengan berhati-hati.Ada tempat makan ,tandas dan musolla.
9 Dis 2019 Isnin.
Selepas chek out dari AStria Graha,Bandung kami mencari sarapan pagi dulu.Jam keluar hotel 8.00 pagi janji dengan Supir Pak Rano.Selepas sarapan pastinya ke Pasar Baru membeli sedikit barangan.Antaranya baju sulam RM45 tiap satu telekung juga RM43 baju batik dan sedikit jajan keepek cheese pisang.
Selepas itu kami ke Kartika Sari misi mencari kek lapis rempah.Wah sekarang harganya lebih mahalRM60 untuk 1 kg.Masih ada masa kami minta supir untuk ke Farm House.Jalan agak macet
Sarapan pagi nasi lemak selera Malaysia.