Sunday, 11 June 2017

Amsterdam ,Netherlands 20 mac 2017

Day 3
selepas breakfast di hotel jam 7 pagi semua luggage di dalam bas dan mula otw ke Netherlands.
Pagi kami bergambar di pintu pagar Taman Keukernhof walau bunga tulip belum dipamerkan.
suhu sangat sejuk akhir winter walau dah bulan mac.
Kami sampai di perkampungan ZanSchaCha yang ada kincir air gergasi.
Ketika kami sampai hari hujan terpaksalah membeli baju hujan 4Euro kalau di malaysia hanya rm10.
Singgah di kedai-kedai souvinier dan minum cholate yang sedap.Di sini kami melawat show membuat kasut kayu,croc.
Kami singgah kedai membuat cheese n sekali lagi melihat proses pembuatan kasut kayu.Sebelah atas kedai adalah restoren makan tapi kami tumpang solat jamak di situ .
 





 

 

London,United Kingdom 17 mac 2017

Kami sampai London Heathrow airport lebih kurang jam 12 tgh waktu London.Terdapat 6 orang lagi ahli grup kami yang terbang dengan Qatar airways sedang siap menunggu di sini.Kami 32 orang lagi menaiki Turkish airlines dari KLIA 11.00 malam dan transit di Istanbul.selepas solat subuh di airport istanbul dan 7.30 inflight dan 8.00 pagi bertolak ke London selama 4 jam.Tentunya breakfast dalam flight ,turkish airline layanannya bagus n makanan halal semestinya jus epal dan pasta/chicken.
Sebaik tiba di Heathrow airport ,London terus kena pakai jacket kerana angin sejuk terus melanda.Tarikh 17 mac 2017 angin bertiup sejuk n perlu memakai jacket n sarung tangan .
Patutlah orang London sentiasa memakai jacket suhunya sejuk walau hujung winter.
Dengan menaiki bas kami terus di bawa ke bandar London dan ke taman di tebing sungai terdapat Big Ben jam besarnya dan London Eye.Hari sabtu begini kawasan taman rekreasi ini sungguh ramai pengunjung,bersesak-sesak pelancong dan local dan berbagai pertunjukkan diadakan.London eye usah harap dapat naik sebab terpaksa beratur panjang.Dalam sejuk sejuk itu pasti perut sangat lapar .Kami menuju ke restaurant menjual fish n chips..harga boleh tahan tapi saiznya besar boleh simpan untuk 2 kali makan.Lepas makan kami berjalan di taman n berkumpul semula sesama ahli untuk solat jamak.Pertama kali kami solat dengan menghantarkan tikar yg dibawa oleh tourist guide kami Faris,Farah n Hasan dari Al ilmi travel.kami solat berjemaah di atas rumput.Ada yang mengenakan telekung tapi aku hanya memakai jacket ,stokin  n buka sarung tangan pastikan aurat tertutup n solat berjemaah.Ambil wuduk di toilet di tepi restaurant n berhati2 untuk tidak terbatal semasa berjalan ke tempat solat.Toilet mereka ini tiada sediakan air di dalam toilet jadi pandai-pandailah isi air di dalam botol mineral sendiri dan basuh kaki di dalam bowl toilet dan pastikan lantai toilet tidak basah jika tidak penjaga toilet bising mengemop lantai ,mereka pentingkan toilet sentiasa kering.






 London eye

Kelihatan menutup aurat,sejuk.

Kawasan Buckingham Palace

menuju ke BPalace 
Day 2
18 mac 2017
Seawal 7 pagi kami bersarapan di hotel makan la mana-mana yang halal.Lepas tu berada di dalam bas dengan semua luggage yang dibawa untuk meneruskan perjalanan ke Netherlands.Sebelum meninggalkan London pagi ini kami e tebing sungai Thames ke kawasan istana lama queen.Walau tiada penghuni tapi sejarahnya terpelihara.Di sinilah terdapatnya London Tower.Dulu selalu dinyanyikan London Bridge is falling down.suhu masih sejuk dan berangin .

Tower Bridge of London                                                 Pintu masuk toilet,London
di pinggir sungai Thames                                                elektronik,masukkan coin n pintu terbuka 



Kawasan istana lama Queen
Sepanjang hari ahad di London waktu awal pagi suasana tenang tiada orang di jalanan.Awal pagi ahad orang London berada di rumah as family day.
Sebelum tiba di sempadan kami singgah factory outlet untuk beli barang berjenama Clark, dsb,beg tangan ,kasut,baju dll.
Tengahari kami tiba di Calais dan akan melalui Euro Tunnel untuk ke Perancis.Sampai di border dari UK ke France kami turun bas untuk cek imigresen yang sangat mudah dengan hanya cop paspot beberapa minit sahaja.Kemudian bas masuk ke dalam koc train untuk melalui tunnel menyeberangi selat Inggeris dari UK ke France.
Semasa di dalam train kami membentangkan tikar untuk solat berjemaah n jamak di belakang bas...solat tidak terasa bergoyang dan diterangi lampu elektrik.lebih kurang 40 minit kami tiba di Calais masuk sempadan France dan teruskan perjalananan ke Amsterdam.
Kami tiba di hotel singgah bermalam.

Wednesday, 19 April 2017

Eropah 6 negara-Netherlands

Kami teruskan perjalanan dengan bas dan petangnya kami ke perkampungan nelayan Volendam.Masih hujan renyai-renyai.Perkampungan di tepi laut.Banyak kedai-kedai souvinier di sini.Harga berpatutan.Yang sedap makan fish n chip fresh.Nelayan di sini ke laut dengan kapal besar  6 bulan menangkap ikan dan pulang berehat 6 bulan .




Di sepanjang jalan rumah-rumah ada taman-taman bunga yang cantik.

Di mana terdapat rumah windmill yang lama daripada kayu .Sengaja dipelihara untuk pelancongan.Malangnya semasa kami tiba  hari ini 19 Mac 2017 bersamaan hari isnin Allah turunkan hujan.Walau hujan tak lebat tapi cukup basah n menyejukkan kami.Selain memakai jacket tebal terpaksalah beli baju hujan pula 4 euro sedangkan baju hujan tu di Malaysia hanya rm4. 




Di Zanse cha kami melawat kedai2 souvinier dan kedai menjual hot choclate dan kedai membuat cheese.Ada show membuat cheese tapi yang baiknya dikedai ini dibenarkan solat di ruang restoren...dapatlah kami solat jamak qasar zuhur n asar.



Selepas solat kami membeli sedikit souviner seperti key chain.Di sini juga ada demo membuat kasut clog/ terompah kayu.


pelbagai souvinier menarik.
Di ruang restoren ini kami solat berjemaah.


Walaupun pemilik kedai bukan Islam tapi mereka benarkan kami solat di ruang kosong restoren di tingkat atas.Dapatlah kami solat jamak qasar zohor dan asar secara berjemaah.Ini yang kami suka dengan Al Ilmi Travel.sangat menjaga solat dan sering baca alquran ketika dalam bas di sepanjang perjalanan yang jauh.
  Yang menariknya kincir angin atau wind Mill ini boleh menjana elektrik yang begitu banyak sehingga boleh suport kawasan rumah disekitarnya.Lebih kurang satu kampung gitu.Tiada pencemaran dan janakuasa elektrik yang boleh diperbaharui.


 

 
Sekali sekala bas kami ditimpa hujan sepanjang perjalanan menambahkan kesejukan kedinginan .Sepanjang berada di bumi Eropah ini kami memakai winter coat,/ baju yang tebal kerana bulan mac adalah akhir musin sejuk.Sejuknya masih terasa hingga ke  tulang.Kulit cepat kering perlu krim pelembab. Sarung tangan dan stokin tebal sentiasa dipakai.Waktu solat tak perlu pakai telekung sebab semua telah menutup aurat.Masa untuk mengambil wuduk perlu buka pakaian termasuk coat.Di dalam toilet semestinya sudah ada tempat menyangkut jacket/coat.Orang barat ni bilik airnya tak suka ada air di lantai.Maka kami kena berhati-hati di bilik air.Biasanya botol mineral kami isi dengan air untuk kegunaan dalam toilet dan pastikan lantai atau tepi-tepi toilet kering selepas digunakan makanya guna tisu tandas yang disediakan.
Jangan angkat kaki ke singki untuk wuduk pasti tidak sopan dan akan dimarahi oleh penjaga toilet.Sepanjang masa di bumi Eropah kami selalu menjaga akhlak dan perlakuan kerana kami menjadi perhatian orang barat terutama non muslim.Kami adalah duta muslim di sini.

 

 



Kedai membuat chesee yang menbenarkan kami solat di ruang  restorennya.


Replika terompah kayu wood clog di depan kedai menjual chesee.