Sunday, 11 June 2017

Brussels,Belgium

Day 4 21 mac 2017
Perjalanan ke Brussels ,Belgium dan meninggalkan Amsterdam
Model Atomium adalah mercu tanda Brussel di bangunkan sempena mesyuarat negara-negara.
Kami singgah sekejap 30 minit di sini untuk sesi foto sahaja.

 
Sampai di bandar Brussels sangat cantik dan bunga putih mula memikat hati. Bangunan sejarahnya ,begitu ramai pelancong di sini. Di sini kami mencari kedai waffle yang sedap. Coklat dia ni terbaik kerana bila masuk mulut sahaja terus melts/lebur..enak.

 

 

 

 


 


 

 

 

 

 

 

 


Volendham,Netherlands

selepas perkampungan ShanseCha,bas bergerak ke perkampungan nelayan Volendham.
Kampung ni di tepi laut.Hujan masih turun renyai-renyai dan kami kebasahan dan bertambah sejuk.
Yang menyeronokkan di sini kami membeli fish n chips ditepi jalan rasanya sangat sedap sebab perut sangat lapar.Di sini banyak jualan baju sejuk n souvnier lain yang harga patut.

 

 

 
Sampai ternganga Faris menikmati fish n chips.Memang sedap ikannya fresh dari laut.Nelayan di sini ke laut 6 bulan sekali dan jika ke laut lamanya juga 6 bulan.Ramai pelancong di sini berbagai jenis jacket berbulu dipakai pelancong .


Amsterdam ,Netherlands 20 mac 2017

Day 3
selepas breakfast di hotel jam 7 pagi semua luggage di dalam bas dan mula otw ke Netherlands.
Pagi kami bergambar di pintu pagar Taman Keukernhof walau bunga tulip belum dipamerkan.
suhu sangat sejuk akhir winter walau dah bulan mac.
Kami sampai di perkampungan ZanSchaCha yang ada kincir air gergasi.
Ketika kami sampai hari hujan terpaksalah membeli baju hujan 4Euro kalau di malaysia hanya rm10.
Singgah di kedai-kedai souvinier dan minum cholate yang sedap.Di sini kami melawat show membuat kasut kayu,croc.
Kami singgah kedai membuat cheese n sekali lagi melihat proses pembuatan kasut kayu.Sebelah atas kedai adalah restoren makan tapi kami tumpang solat jamak di situ .
 





 

 

London,United Kingdom 17 mac 2017

Kami sampai London Heathrow airport lebih kurang jam 12 tgh waktu London.Terdapat 6 orang lagi ahli grup kami yang terbang dengan Qatar airways sedang siap menunggu di sini.Kami 32 orang lagi menaiki Turkish airlines dari KLIA 11.00 malam dan transit di Istanbul.selepas solat subuh di airport istanbul dan 7.30 inflight dan 8.00 pagi bertolak ke London selama 4 jam.Tentunya breakfast dalam flight ,turkish airline layanannya bagus n makanan halal semestinya jus epal dan pasta/chicken.
Sebaik tiba di Heathrow airport ,London terus kena pakai jacket kerana angin sejuk terus melanda.Tarikh 17 mac 2017 angin bertiup sejuk n perlu memakai jacket n sarung tangan .
Patutlah orang London sentiasa memakai jacket suhunya sejuk walau hujung winter.
Dengan menaiki bas kami terus di bawa ke bandar London dan ke taman di tebing sungai terdapat Big Ben jam besarnya dan London Eye.Hari sabtu begini kawasan taman rekreasi ini sungguh ramai pengunjung,bersesak-sesak pelancong dan local dan berbagai pertunjukkan diadakan.London eye usah harap dapat naik sebab terpaksa beratur panjang.Dalam sejuk sejuk itu pasti perut sangat lapar .Kami menuju ke restaurant menjual fish n chips..harga boleh tahan tapi saiznya besar boleh simpan untuk 2 kali makan.Lepas makan kami berjalan di taman n berkumpul semula sesama ahli untuk solat jamak.Pertama kali kami solat dengan menghantarkan tikar yg dibawa oleh tourist guide kami Faris,Farah n Hasan dari Al ilmi travel.kami solat berjemaah di atas rumput.Ada yang mengenakan telekung tapi aku hanya memakai jacket ,stokin  n buka sarung tangan pastikan aurat tertutup n solat berjemaah.Ambil wuduk di toilet di tepi restaurant n berhati2 untuk tidak terbatal semasa berjalan ke tempat solat.Toilet mereka ini tiada sediakan air di dalam toilet jadi pandai-pandailah isi air di dalam botol mineral sendiri dan basuh kaki di dalam bowl toilet dan pastikan lantai toilet tidak basah jika tidak penjaga toilet bising mengemop lantai ,mereka pentingkan toilet sentiasa kering.






 London eye

Kelihatan menutup aurat,sejuk.

Kawasan Buckingham Palace

menuju ke BPalace 
Day 2
18 mac 2017
Seawal 7 pagi kami bersarapan di hotel makan la mana-mana yang halal.Lepas tu berada di dalam bas dengan semua luggage yang dibawa untuk meneruskan perjalanan ke Netherlands.Sebelum meninggalkan London pagi ini kami e tebing sungai Thames ke kawasan istana lama queen.Walau tiada penghuni tapi sejarahnya terpelihara.Di sinilah terdapatnya London Tower.Dulu selalu dinyanyikan London Bridge is falling down.suhu masih sejuk dan berangin .

Tower Bridge of London                                                 Pintu masuk toilet,London
di pinggir sungai Thames                                                elektronik,masukkan coin n pintu terbuka 



Kawasan istana lama Queen
Sepanjang hari ahad di London waktu awal pagi suasana tenang tiada orang di jalanan.Awal pagi ahad orang London berada di rumah as family day.
Sebelum tiba di sempadan kami singgah factory outlet untuk beli barang berjenama Clark, dsb,beg tangan ,kasut,baju dll.
Tengahari kami tiba di Calais dan akan melalui Euro Tunnel untuk ke Perancis.Sampai di border dari UK ke France kami turun bas untuk cek imigresen yang sangat mudah dengan hanya cop paspot beberapa minit sahaja.Kemudian bas masuk ke dalam koc train untuk melalui tunnel menyeberangi selat Inggeris dari UK ke France.
Semasa di dalam train kami membentangkan tikar untuk solat berjemaah n jamak di belakang bas...solat tidak terasa bergoyang dan diterangi lampu elektrik.lebih kurang 40 minit kami tiba di Calais masuk sempadan France dan teruskan perjalananan ke Amsterdam.
Kami tiba di hotel singgah bermalam.