Sunday, 30 September 2018
muzium padi kedah 2013
Muzium padi ,Kedah 3mac2013
Muzium Padi,Alor Setar,Kedah pada 3 Mac 2013
Pntu masuk bayaran RM5 dewasa kanak-kanak RM3 ada tingkat bahagian atas gambar pemandangan di sekitar muzium.Lukisan yang sangat besar .Penonton hanya duduk dengan selesa dan pentas akan berpusing perlahan-lahan sambil menikmati lukisan yang sangat besar 3 dimensi.
Bahagian luar muzium ada patung binatang seperti singa,kuda yang menarik perhatian kanak-kanak.
Dibelakang tu tangga turun ke tingkat bawah
Pentas yang berputar
Gambar pemandangan daerah Keriang yg besar
Tangga turun ke tingkat 1 seperti dalam gua ada sarang burung dan kelawar
Di tingkat bawah ada pameran beras berbagai negara
Peralatan menanam,menuai membajak bendah/sawah dan alat menangkap ikan juga dipamerkan
Bahagian luar muzium disediakan tempat memelihara burung puyuh dan ayam di dalam sangkar
cameron Highlands2013
Cameron Highlands 18 Jan 2013
Cameron Highlands.Pada 18 jan 2013 kami sekeluarga telah berkumpul ramai-ramai di sini.Alhamdulillah ikatan kekeluargaan bertambah erat dengan berkumpul begini.
Rumah peranginan kerajaan persekutuan kalau dah dapat Dg48 bolehla memohon tinggal di bunglow
pokok-pokok bunga bunganya yang cantik
Bahagian belakang dapurnya.Ada disediakan tempat barbique...dan makan kami masak sendiri
Masa ni singgah di ladang Bharat Tea plantation..minum teh RM6/seteko dan makanan ringan
Di ladang Teh Bharat Plantation
On the way pulang ke rumah peranginan kami singgah bergambar dan membeli sedikit pokok kaktus dan bunga lain
Inilah kumpulan keluarga dan kawan-kawan ahli keluarga yang berkampung di banglo RPH tu punyala ramai.Selepas bergambar kami kenalah bayar tambahan untuk lebihan orang yang menginap di situ.Cadangnya tak ramai yang nak datang tapi bila tiba harinya punyala ramai yang datang kami tak terkata apa tak kan tak bagi duduk...dan mereka pun tak tahu berapa yang boleh masuk...Anyway semua gembira sebelah malam nya ada yang barbique ayam ..dan kami sediakan char kue tiow ...semua memuji sedap 2 orang chef yang dah lengoh menggoreng lebih kurang 25 pinggan....
Bunga ros ni memang paling diminat sejak dulu lagi beli juga sepokok
Alhamdulillah sebelum jam 12 tengahri kami pun check out dari RPH tu di tahun hadapan pasti kami datang lagi mungkin kali ini dengan ahli rombonganyang lain pula.Semuga ikatan kekeluargaan ini terus berkekalan.
serawak
Serawak
Shopping di pasar Sarikin Serawak.Pelbagai barangan boleh dapat di sini.Kami membeli berasmerah Serawak dan tikar Serawak.Jenuh usung tikar ketika di airport.Penjual tikar tu siap lpat empat ikar tu dan dimasukkan ke dalam guni plastik dan diikat kemas senang dipegang.Sampai di airport kami masukkan dalam kargo.Beras perang kami masak di homestay yag kami sewa di bandar Kuching dan dimakan dengan ikan kembung besar digoreng garing.Makan nasi panas n ikan ikan goreng punya la sedap.Masa tiba di homestay kami tidak berhajat untuk masak-masak tetapi apabila ke pasar ternampak ikan segar terus kami beli minyak masak dan di homestay ada disediakn alatan memasak .
Subscribe to:
Posts (Atom)

