Wednesday, 16 July 2014

Tanjong Piai

 
Mercu tanda Tanjong Piai.Bayaran masuk RM5 dewasa dan RM3 kanak2.Kami sampai dari Melaka kira-kira jam 3.00 petang.
Laluan masuk ke jeti dipenuhi dengan maklumat khazanah hutan bakau.
Laluan jeti kayu yang agak licin dan perlu berhati-hati.Rasa macam nak tanggal kasut berkaki ayam sahaja untuk keselamatan.Jetinya melalui paya bakau dan mengunjur ke laut.
Ini lah papan tanda yang menunjukkan kami telah selamat sampai ke penghujung benua selatan Asia.Sebelum ini kami pernah sampai ke penghujung Borneo yang lebih dikenali sebagai Tips of Borneo di Kudat,Sabah.

Alhamdulillah sampai juga kami di sini.Ombak di bawah pelantar konkrit ini agak kuat dan angin pun bertiup kencang.Di hadapan adalah laut Selat Teberau memisahkan Johor dengan Singapura.Teradapat sebuah keluarga lain semasa kami di sini jadi terpaksa bergilir untuk snap gambar di bebola gergasi ini.





Tuesday, 15 July 2014

Telok Senangin,Lumut,Perak

Pantai Telok Senangin,Lumut,Perak
Airnya jernih dan ombak kecil dan sangat sesuai untuk mandi manda tapi pantainya banya kerang n siput dan kaki mudah terluka.
Chalet yang boleh disewa tapi kemudahan /kebersihan perlu ditingkatkan




27 mac 2014 singgah di Pantai Teluk Cempedak.Airnya jernih tetapi ombaknya besar juga tidak sesuai untuk mandi manda.Pantai ini menghadap Laut Cina Selatan yang anginnya kuat sebab itu ombaknya bergulung besar.
 
Ramai pengunjung di Teluk Cempedak sekadar berihat
Landskap depan hotel Sri Malaysia ,family room RM240/net....apakan daya bila malam berlabuh hampir jam 10.00 malam ambil sahaja la apa yang ada...
Masa yang ada singgah ke kedai keropok di ........Kelantan...kata orang keropok di sini sedap tapi bila dah beli rasanya sama sahaja dgn di kota baharu...

Macam-macam ada di RTC jalan PasirMas-Kota Baharu....RTC ...parking pun senang
buka setiap hari dari selepas subuh hingga tengahari jam 12.00..

Makanan yang enak tapai goreng di warung Slor Machang,Pasir Mas...termasuk goreng pisangnya lain dari yg lain tiada di tempat lain di Malaysia hanya ada di sini.Rasanya memang sedap bahannya dicampr kelapa parut tersangat rangup.

Harga RM1.00 untuk 4 ketulmasih murah dan sedap.



Dagang Pak Malau -Sri Mersing,Johor


  Pemandangan dari masjid Mersing
Bersama keluarga Kartini siggah solat jamak Zohor Asar di masjid Mersing di atas bukit
Kajang Pak Malau Kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu
Pantai Mersing airnya keruh dan ombaknya besar tidak sesuai untuk mandi manda.Terdapat bot-bot untuk ke Pulau Tioman.