Wednesday, 16 July 2014

Tanjong Piai

 
Mercu tanda Tanjong Piai.Bayaran masuk RM5 dewasa dan RM3 kanak2.Kami sampai dari Melaka kira-kira jam 3.00 petang.
Laluan masuk ke jeti dipenuhi dengan maklumat khazanah hutan bakau.
Laluan jeti kayu yang agak licin dan perlu berhati-hati.Rasa macam nak tanggal kasut berkaki ayam sahaja untuk keselamatan.Jetinya melalui paya bakau dan mengunjur ke laut.
Ini lah papan tanda yang menunjukkan kami telah selamat sampai ke penghujung benua selatan Asia.Sebelum ini kami pernah sampai ke penghujung Borneo yang lebih dikenali sebagai Tips of Borneo di Kudat,Sabah.

Alhamdulillah sampai juga kami di sini.Ombak di bawah pelantar konkrit ini agak kuat dan angin pun bertiup kencang.Di hadapan adalah laut Selat Teberau memisahkan Johor dengan Singapura.Teradapat sebuah keluarga lain semasa kami di sini jadi terpaksa bergilir untuk snap gambar di bebola gergasi ini.





No comments:

Post a Comment