PALESTIN
umrah ziarah 3 masjid dengan Jordan air 29 Mei 2015
Jumaat,jam 6 ptg pada 29 mei 2015 kami te;ah berkumpu; di KLIA bersama ahlirombongan dari pelbagai negeri.Klai ini hanya kami berdua dari Penang.Semua berjumlah 34 ahli.Jam 10.30 mlm dengan Jordan Air kami berlepas ke Amman,Jordan.Selepas penerbangan selama 2 jam lebih flight transit di Bangkok.Kami semua tidak turun hanya penumpang yg sampai ke destinasi sahaja turun.Kira-kira sejam petugas airport Bangkok membersihkan kapalterbang.Kemudian flight meneruskan penerbangan ke Amman.Sekali lagi kami dijamu makan dalam flight...kali ini roti2...


Kira-kira jam 6 pagi kami tiba di Queen Alia ,Amman,Jordan...dlm flight 3-4 kli makan.Solat subuh di airport...dan terus menaiki bas ke sempadan ..singgah di restoren,Amman untuk bersarapan nasi arab n roti arab...Sampai di sempadan agak berjam juga untuk pemeriksaan imigresen Jordan Israel.Lebih kurang 5 check point baru melepasi imigresen.Dengan satu beg baju kecil kami memasuki Palestin.


Jerico city ,bandar tertua di dunia
Kami singgah lunch di restoren di Jericho city.Lunch nasi arab lagi dengan kambing n ayam.
Hampir jam 3 ptg kami sampai di bandar Jerusalem/Baitul mukaddis...check in hotel...solat jamak zohor asar n bersiap untuk solat maghrib n jamak isya di masjid Al aqsa.selepas dinner di hotel kami berehat hingga subuh.
Lorong batu menuju ke masjid Al aqsa dari hotel kira-kira 400mmenuruni tangga batu lama yang keras.Permukan batu agak licin kerana telah berjuta tapak kaki manusia menggunakannya almaklum tempat bersejarah yang menjadi tumpuan seluruh dunia.


Suasana menjelang maghrib,manusia mula bergerak menuju ke masjid untuk solat maghrib.Dorms of rock kelihatan bersinar warna emasnya di pancar matahari petang.Gambar bawah berjubah putih adalah imam masjid Al Aqsa menyampaikan salam dan selamat datang saudara muslim.


Kubah dorm of rock bersinar terkena cahaya kerana ia dibuat dari emas.Perkarangan majid pokok-pokok dicat putih agar batangnya tidak reput oleh anai-anai.

Bahagian dinding luar masjid Al Aqsa begitu tinggi dan besar. Kanan gambar makam nabi Ibrahim,Ishak as dan makam Siti Hajar isteri nabi Ibrahim as .Makam bukan kubur tapi binaan tanda bekas tapak rumah .
Gambar kanan atas di bawah batu tergantung di dalam dorms of rock.Sambil mendengar cerita dari Kasim -tourist guide Palestin...ada juga yang bersolat sunat dan berdoa di bawah batu ini.Masa kami masuk ni watu selepas maghrib.

Gambar atas imam masjid Al Aqsa memberi sedikit ucapan aluan selamat datang kepada kami saudara seislam.Beliau juga mengingatkan kami agar mengajak lebih ramai saudar seislam datang menziarahi masjid ini.Sesungguhnya masjid ini kepunyaan saudara seislam walau kini dibawah tadbir Yahudi malaun.Di sebelah bilik ini adalah makam nabi ........as.


Gambar di atas adalah bangunan/rumah Siti Mariam ibu kepada nabi Isa as.Bahagian kanan gambar adalah makam nabi Daud di sebelah yang boleh dimasuki oleh lelaki sahaja. Pada hari kami melawat merupakan hari ahad dan ramai penganut yahudi malaun di makam ini.Anak-anak mudanya terlompat2 menari dan terjerit2 dengan zikirnya dan langsung tidak memeberi peluang pelancong lelaki islam masuk.
Persekitaran makam nabi Daud as bahagian wanita juga dipenuhi yahudi malaun.Mereka juga terjerit2 melompat ,menari berpegangan tangan berzikir gamaknya juga dengan muka kelat tidak menyukai kehadiran kami.Namun sempat jga kami masuk melihat makam berselimut kain cream colour.Makam bukan kubur tapi tanda tempat rumah nabi.

Bumi Palestin memang subur patutlah direbut oleh Yahud malaun.Kawasannya di tanah tinggi ,tanahna berbatu batu tapi bila lereng gunung diteres terhasillah tanahnya yang subur.Sangat banyak di tanam anggur ,buah tin Suhunya sederhana sejuk.Di sekitar Al Aqsa semasa kami berziarah 30 mei 2015 sebelah malam suhunya mencecah 13 darjah celcius dan siangnya 20 darjah celcius sejuk dan berangin.Kawasan tanamannya di air oleh batang paip politen di bawah tanah.
Hari ke 2 di Israel 1 Jun kami di bawa melawat bandar Hebron dan singgah di kedai cenderahati.
Berbagai souvinier di jual antaranya ayat quran atau gambar masjid al aqsa atau As Saqrah yang dilukis pada mutiara berharga ribuan ringgit.Tak mampu kami membelinya.Sekadar fidge mahnet atau souvinier kecil kecil boleh dibeli dengan USD.


Seterusnya kami dibawa ke makam nabi Ibrahim dan keluarganya .Makam Siti Hajar,anaknya nabi Ismail,nabi Yaakob,Nabi Ishak as.Makam bukan kubur tetapi tempat/tanda bekas rumahnya.Binaan empat segi berbumbung hitam tu lah makamnya.
Makam Siti Hajar dan anaknya hanya dapat diliat menerusi jeriji besi bewarna hijau di letak di dalam bik.
Gambar kiri ini jalan berbatu menuju ke kawasan makam.Setiap makam dibina masjid,
Kanak kanak Palestin berkeliaran mengerumni pelancong dan ada ketikanya mereka meminta wang kecil.
Bahaya untuk membuka beg duit sebab akan diserbu oleh kanak-kanak lain.
Sepanjang jalan ada di jual cenderemata.

No comments:
Post a Comment