JORDAN
1 Jun kami bertolak keluar dari Palestin/Israel menuju ke Amman Jordan.Kali ini kami keluar dengan lebih cepat di sempadan.Masa masuk ke Israel lebih lama 3-4 jam tapi keluar agak cepat lebih kurang 2 jam dah selesai.Bas menuju ke sempadan dan sebaik tiba di sempadan Jordan tourist guide Jordan memulakan tugasnyai bercerita.Namanya ...orang Palestin masih muda tapi kelihatan tua kerana saiz badan agak besar.
Selepas makan tengah hari kami berehat di hotel.
Esoknya pagii lagi kami telah dibawa melawat makam nabi Ysuhak...siap makan tembikai.
Kemuadian kami dibawa ke Laut mati sebelah Jordan.Laut mati ni duduk di tengah-tengah antara Jordan dan Israel.

Persekitaran Laut mati Dead sea

Laut mati sangat luas meliputi 2 negara Jordan dan Palestin,Israel.Laut mati Jordan taida pokok yang menyebabkan cuaca agak panas.
D
Tandas dan bilik mandi juga disediakan di tepi laut mati ini.
Ramai teruja nak mandi tapi kami tak bersedia membawa pakaian sesuai jadi yang lelaki terus menggunakan pakaian yang ada untuk merasa sendiri berendam di laut mati.Khabarnya air laut nya yang sangat masin boleh menyembuhkan penyakit kulit.Ada oarang samapai meminta derma dari orang ramai untuk datang ke sini untuk mengubatpenyakit siriosis kulit.
Air laut mati ini boleh menyembuhkan penyakit? Allah sahaja yang tahu.Mengikut sejarah dari Al Quran laut mati ini terjadi dari pembalasaan Allah terhadap kaum Nabi Lut as yang telah mengamalkan perbuatan terkutuk mereka iaitu seks kaum sejenis.
Di gigi air laut mati jelas kelihatan serbuk putih garam.Ketumpatan garam di laut mati sangat tinggi menyebabkan garamnya mudah tersejat dari air laut di bawah kepanasan matahari.Di sini tiada pokok-pokok jadi cuaca sangat panas.Ramai yang cuba berenang di dalam air laut mati ini tetapi sukar berenang dan tenggelam.Airnya pun pedihi bila terkena muka bagai terjena cili api pijarnya.Di sini juga terdapat resort dan kolam renang.Kami hanya singgah makan di restoren resort ini,makan buffet ala Barat/Arab dengan nasi beriani/mandy kambing.


Di tepi pantai kelihatan mat salih menyapukan lumpur dari laut mati ke seluruh badan mereka.Kelihatan hitam tubuh mereka disalut lumpur.Di sini dijual lumpur laut mati untuk membersihkan kulit.Mulanya kusangkakan orang kulit hitam rupanya lumpur hitam.

Bilik hotel semasa bermalam di Amman agak besar siap dengan sette.

Makam nabi Yusha as,di Amman ,Jordan.Makamnya agak panjang ditutup kain hijau bertulis ayat Quran.
Di masjid makam nabi Yusha ada air mineral.Penjaga air mineral sedang mengepam air naik dan ditadah untuk diberi minum kpd pengunjung masjid.Rasa air air mineral.
Kami sempat singgah di gerai menjual buah buahan tempatan di tepi jalan sekitar bandar Amman.Terdapat buah anggur hijau,peach,plum,kacang kuda yang fresh dijual dengan harga berpatutan.
Gua al kahfi
tempat 7 pemuda yang lari dari raja yang zalim akhirnya tertidur ratusan tahun bersama anjingnya tidur di pintu gua.
Pintu masuk gua alkahfi
di dalam gua dimakamkan 7 pemuda yang tertidur bersama pinggan mangkuk yang pernah mereka gunakan pada zaman itu.
No comments:
Post a Comment