Wednesday, 28 November 2018

27 Nov 2018 jjcm Penang

Jam 11.39 naik komuter turun Bukit Mertajam .Jam 12.05 tepat naik komuter ke Butterworth.Naik Feri RM2.00 seorang menuju ke Georgetown.Menapak ke muzium 3D dengan RM20 offer masuk berfoto.Tunggu bas di terminal Jetty naik bas Rapid Penang 1401E jam 2.15  ke Queens Bay.Hampir jam 3.30 sampai di Queens Bay cari surau dulu di South.Makan pizza n jalan-jalan dalam Queens Bay cari surau semula untuk solat asar.Jam 5.30 tunggu bas ke jetty.Jam 7 baru ada bas dan melalui komtar ke jetty.Bergegas di jetty walking as fast as u can dapat masuk ke feri.Jam 7.45 sampai di Butterworth cari surau di terminal baru siap dan solat maghrib.Bergegas ke terminal KTM.Jam 9.25 baru dapat naik komuter ke Bukit Mertajam.Tukar komuter ke Parit Buntar.Alhamdulillah tiba di Parit Buntar jam 10.15.Home sweet home.







Dalam muzium 3D Dark Mansion,Penang.Muzium ni berhampiran kawasan-kawasan sekitar kedai berlian penang.Bayaran masuk RM.10..after discount.Ada makanan boleh dibeli tapi almaklum ...Dua tingkat bangunannyadan masuk sahaja memang gelap di dalamnya perlu ambil masa beberapa minit baru mata dissuaikan untuk melihat dalam gelap.Cat lukisan digunakan berpendaflour bila terkena cahaya tertentu baru cantik berkilau.



Wednesday, 21 November 2018

17-19 Nov 2018 Langkawi

Memandangkan semuanya dapat cuti sekali lagi kami ke Langkawi.Sampai di Kuala Perlis beli tiket feri .Tiket pergi balik RM36 setiap orang. Tiket balik adalah open ticket dan perlu disahkan di kaunter di jeti Kuah masa nak balik.Bertolak dengan feri jam 2.00 ptg dan jam 3.00 sampai di jeti Kuah.Oleh kerana ramai penumpang feri bergerak jam 2.15 ptg. Sampai di jeti kuah sambil menarik beg sambil deal dengan kereta sewa.Dapat kereta Axia RM160 untuk 2 hari.Terus kami ke Holiday Villa di Pantai Cenang.
Suite Room RM320 untuk 2 malam mempunyai dua bilik ,pantry dan ruang tamu.Master bedroom besar dengan king bed dan bilik sebelah seperti standard room.Setiap bilik ada tv sendiri dan ada 3 bilik air.Agak selesa untuk kami 4 beranak.
Breakfast juga disediakan secara buffet.Tahun-tahun sebelum ini breakfast ala carte sekarang sudah berubah lebih selesa.
Oleh kerana hari telah petang yang lelaki sempat ke kolam renang n mandi laut .Jam 7.00 mlm kolam renang ditutup.Ada BBQ tapi kena bayar tambahan la dan kami tidak berminat makanan hotel agak mahal.
Malam kami ke pasar malam pekan Kuah membeli nasi kerabu sambil jalan-jalan.Singgah kedai makan di jalan Pantai Cenang sebelum puang ke villa n tidur.
Holiday Villa ni kami book sejak bulan ogos yang lalu dengan memohon kepada BPPH ..Bhg Hattanah,Putrajaya untuk kemudahan Rumah Perangiana Kerajaan Persekutuan khas untuk kakitangan kerajaan.,mengikut gred jawatan.
Foto Milah Mansor.

Foto Milah Mansor.

Foto Milah Mansor.

Foto Milah Mansor.

Foto Milah Mansor.

Foto Milah Mansor.