Wednesday, 21 November 2018

17-19 Nov 2018 Langkawi

Memandangkan semuanya dapat cuti sekali lagi kami ke Langkawi.Sampai di Kuala Perlis beli tiket feri .Tiket pergi balik RM36 setiap orang. Tiket balik adalah open ticket dan perlu disahkan di kaunter di jeti Kuah masa nak balik.Bertolak dengan feri jam 2.00 ptg dan jam 3.00 sampai di jeti Kuah.Oleh kerana ramai penumpang feri bergerak jam 2.15 ptg. Sampai di jeti kuah sambil menarik beg sambil deal dengan kereta sewa.Dapat kereta Axia RM160 untuk 2 hari.Terus kami ke Holiday Villa di Pantai Cenang.
Suite Room RM320 untuk 2 malam mempunyai dua bilik ,pantry dan ruang tamu.Master bedroom besar dengan king bed dan bilik sebelah seperti standard room.Setiap bilik ada tv sendiri dan ada 3 bilik air.Agak selesa untuk kami 4 beranak.
Breakfast juga disediakan secara buffet.Tahun-tahun sebelum ini breakfast ala carte sekarang sudah berubah lebih selesa.
Oleh kerana hari telah petang yang lelaki sempat ke kolam renang n mandi laut .Jam 7.00 mlm kolam renang ditutup.Ada BBQ tapi kena bayar tambahan la dan kami tidak berminat makanan hotel agak mahal.
Malam kami ke pasar malam pekan Kuah membeli nasi kerabu sambil jalan-jalan.Singgah kedai makan di jalan Pantai Cenang sebelum puang ke villa n tidur.
Holiday Villa ni kami book sejak bulan ogos yang lalu dengan memohon kepada BPPH ..Bhg Hattanah,Putrajaya untuk kemudahan Rumah Perangiana Kerajaan Persekutuan khas untuk kakitangan kerajaan.,mengikut gred jawatan.
Foto Milah Mansor.

Foto Milah Mansor.

Foto Milah Mansor.

Foto Milah Mansor.

Foto Milah Mansor.

Foto Milah Mansor.

No comments:

Post a Comment