10 dis 2018 hari isnin.
Jam 7.30 pagi kami menaiki komuter ke Padang Besar Perlis hrga tiket RM12.40.Kali ini kami bertujuh.Komuter interchange diBukit Mertajam.Jam 10.30 pagi dah sapai di Padang Besar.Bersarapan dulu kemudian cop paspot di imigresen dan menaiki van ke The train hotel Hatyai.Bermalm di Hatyai dan esok tengahari bertolak ke airport Hatyai untuk terbang dengan air asia ke chiangmai.Bermalam di Lanna Guest house berdekatan dengan pasar malam Anursan market.
Kami dinner di restoren Aisah Anursan market.
Esoknya jam 8.00 pagi waktu Thai kami menaiki van seramai 10 orang bertolak ke Chiangrai.
Kali ini group kami ada 33 orang terdiri dari guru,surirumah dll.Kena guna 3 van dan sebuah kereta.
Pertengahan jalan ke Chiangrai kami singgah di Hot Spring.Sempatlah merebus telur puyuh dan makan murtabak pisang dan telur.
Lepas itu teruskan perjalanan ke Golden Triangle, Chiangrai.
Sampai di Golden Triangle jam 2.00 ptg dan membeli tiket bot untuk ke Laos dan pinggir Myanmar.
Di Danao island,Laos kami cop paspot dan ronda-ronda kawasan gerai jualan tapi tidak membeli pun kerana harga mahal dan tiada yang diminati.
Lewat petang ke Maesai sempadan Myanmar dan cek in resort.Malam kami ronda pasar malam Maesai mencari makanan .Sekadar jumpa pulut ayam dan cukuplah untuk dinner.
Gambar atas merebus telur di hot spring chiangrai.Bau sulfur kuat.Rebus telur puyuh cepat sikit 10 biji 20 BathThai.ada juga yang merendam kaki di dalam air panas.Selepas ke toilet kami makan murtabak telur+[isang berangan.Hanya satu-satunya kedai maka islam.
Malam kami bermaam di resort di Maesai sempadan Burma Thailand yang cantik dan selesa..Di pasar malam Maesai ada pinti pagar masuk imigresen ke Myanmar macam di Rantau Panjang,Kelantan,
Malam kami bermaam di resort di Maesai sempadan Burma Thailand yang cantik dan selesa..Di pasar malam Maesai ada pinti pagar masuk imigresen ke Myanmar macam di Rantau Panjang,Kelantan,
Esoknya sekitar jam 9 pagi berkemas dan cek out untuk ke bandar Chiangrai.Sebelum ke bandar Chiangrai sekali lagi kami singgah di pasar Maesai.Banyak dijual pakaian termasuk baju sejuk,winter jacket,cadar patchwork barangan cina,kuaci dll, aku membeli beberapa helai kain batik,tshirt dan loceng hiasan rumah.Di sini juga ada dijual pelbagai batu seperti,zamrud,delima dan sempat aku membeli cincin perak dengan batu nilam 2500TB.
Esoknya jam 9.00 pagi kami bertolak ke Chiangrai.Kami singgah di Mae Fah Garden merupakan sebuah taman bunga yang teratur dan cantik.Dalam hujan renyai-renyai kami berfoto di sini.
Di Mae Fah garden ini mulanya hujan renyai dan berasa sejuk.Lama-lama hujan lebat sedikit lagi bertambah sejuk.Tak sempat untuk ronda-ronda ke gerai jualan teh dan herba beranika jenis.
Kami meneruskan perjalanan ke Hill Tribes yang merupakan perkampungan suku kaum Thai iaitu suku Akka dll dan yang menaik di sini pastilah suku Karen yang mempunyai Long neck .
Dulu mereka pakai gelang tembaga di leher,kaki dan tangan sekarang gelangannya lebih ringan dan diikat dengan tali boleh dibuka.Mereka tinggal di kampung ini mungkin atas tket tujuan industri pelancongan Thai.Bayaran masuk 300TB.perkampungan ini macam kg budaya .Sambil memakai busana suku kaum mereka juga menjual cendermata topi,beg,tshirt,skaf.
ada juga menenun kain sutera. atau kain bulu.
Suku kaum Hakka
14 jumaat awal pagi jam 8.00 kami cek out dan dengan van kami bertolak ke Chiangmai.Tengahari kami singgah makan di kedai makan.Hanya makan nasi ayam dan tiada pilihan lain.Yang lain makan mi kari.Seterusnya kami mencari masjid untuk solat jumaat.Singgah di masjid di dalam kampung agak jauh masuk ke dalam kampung.Jumpa masjid cina muslim dan ada kedai makan di tepinya tapi mereka jual sup2 dan mereka tidak menjual nasi,Selepas solat jumaat derma sedikit kpd masjid kerana ada kelas pengajian alquran dan asrama anak2 tahfiz.Jika diberitahu awal mereka akan sediakan makanan untuk kami.Kira-kira jam 4 ptg kami singgah lagi di elephant camp sebab ada yang hendak menunggang gajah.Perjalanan dari Chiangrai ke Chiangami lebih kurang 4 jam jika terus tanpa singgah.Melalui lereng-lereng bukit dan jalan berliku .Jam 8 malam tiba di Lanna resort,Chiangmai.Dinner di restoren muslim Anursan market di sebelah resort sahaja dan semestinya berjalan kaki ke sana.Setiap hari 2-3km berjalan kaki sepanjang percutian ini.Makan kurang jalan banyak boleh slim.
Esok paginya 15 dis 2018 Sabtu.
Jam 7 pagi waktu Msia dengan tuktuk kami mendaki bukit Doi Suthep pula.Katanya boleh tengok suku kaum orang kenit2 di sini.Jalan berliku2 mendaki bukit dengan asap diesel tuktuk boleh pening.
Aku stanby selendang bulu untuk elak sejuk di puncak bukit.
Hill tribes village museum rupanya org kenit itu adalah budak2 kecil dengan busana suku kaumnya.Ada busana dewasa boleh disewa 50TB.Kanak2 ini teha biasa dikunjungi pelancong mereka pandai posing.Kebun kebun bunga cantik dan suasana nyaman dan sejuk di puncak bukit boleh nampak pemandangan bandar Chiangmai.
Ada kedai makan islam kami singgah makan bfast merangkap lunch.Makan Thaipad dan anak serta en suami nasi goreng.Air tehnya semestinya lipton.Ada pula penjaja berlian/intan/permata di sini.
Jam 10 30 kami turun dari bukit Doi Suthep melintasi Universiti Chiangmai di kaki bukitnya.
Selepas solat jam 12.15 waktu Thai kami sempat solat jamak zohor asar dan dengan menaiki tutut kami bertolak ke Chiangmai airport.Oleh kerana kami beli tiket utk 7 org maka chek in barang mesti sama2.Tetapi adik aku cek in di kaunter lain dan barang telah ditolak masuk .Aku terkemudian maka semestinya ditimbang lebih 2 kilo.Aku ambil tiket utk 15 kg dan barang aku hanya 13 kg.Adik aku ambil 30 kg dan bila ditimbang barangnya berlebih maka adik aku kena bayar extra luggage.
Sam[ai di air Hatyai kami bermlm di Winwin resort yang berdekatan dengan Klong Ae dan sangat dekat dengan pasar terapungnya .5minit berjalan kaki di sebelah kiri winwin resort.
Di pasar terapung ini dapat makan bubur nasi dan membeli sedikit kacang pistachios dan gajus.
Esok pagi sabtu ahad 16 dis seawal jam 6.30 pagi Thai kami cek out untuk ke stesyen keretapi.Subuh jam 6 pagi solat di resort.Hujan gerimis.Tiba di stesyen seawal jam 7 pagi dan dapat beli tiket untuk ke Padang Besar,Malaysia.Sempat keluar makan di kedai di hadapan Train hotel untuk bfast/lunch.
Train bergerak jam 7.50 pagi dan tidak ramai orang.
Selamat tiba di Padang Besar jam ;ebih kurang 8 lebih.Cop paspot di imigresen Thai dan Malaysia.Beli tiket komuter di tngkat atas dan tunggu di terminal komuter ke Bukit Mertajam.Tiba di Bkt Mertajam untuk interchange komuter da terus ke Parit Buntar hampir jam 12 lebih.
_______________________________________________________________________
10 dis isnin Parit Buntar-Padang Besar komuter
Van ke Hatyai
11dis 2018 selasa 5.40 ptg flight Air Asia Hatyai-Chiang mai
12 dis Rabu Golden triangle dan ke Maesai
13 dis 2018 Khamis Maesai-Chiangrai
14 dis Chiangrai-Chiangmai 4 jam perjalanan dgn van Siam
15 dis 2018 flight Air Asia Chiangmai-Hatyai
16 dis pulang ke Padang Besar.
Balik Malaysia
_____________________________________________________________________
Perbelanjaan Flight Air asia RM600 x 3 =RM200 luggage
Hotel + van di Chiangmai RM700x3 =RM2100
Makan + beli belah - hotel hatyai + tutut = RM2000
__________________________________________
JUMLAH = RM4000 utk 3 org.
lebih kurang percutian budget
Utara Thailand ekspedisi Chiangrai-Chiangmai
#####################################
No comments:
Post a Comment