Tuesday, 30 September 2014

eksplorasi Turki bersama Andalusia Travel 15-22 sept-Istanbul n Bursa


 Di dalam bas turun dari flight menuju k ebalai ketibaan Antartuk Airport,Turki jam 6.15 pagi.Penerbangan dari KLIA ke Istanbul mengambil masa 10 jam 10 minit,berlepas dari 12.30 mlm pada 15 Sept 2014.Pesawat yang dinaiki ilah MAS 30. Dari dalam bas ke Terminal ketibaan Antartuk airport ,Istanbul.

BLUE MOSQUE

      


 Day 1
Sebaik turun dari kapalterbang MAS 30 ambil barang di balai ketibaan Antartuk Airport,terus naik bas Dorak Tour dengan tourist guide Turkish Miss Gamtze dan Ustz Faizal sebagai wakil tour guide dari andalusia ,Kuala Lumpur.Sebaik memuatkan beg ke dalam bas masih belum mandi pagi,muka pun belum basuh terus ke destinasi pertama.
16 sept 2014 seawal jam 7.30 pagi tempat pertama yang dilawati ialah Blue Mosque.Masjid biru ini dipanggil sebegitu kerana tile atau marble yang digunakan berwarna biru cair.semua lantai dan dinding nya dilapisi tile biru muda seakan kelabu pada pandangan mataku.Dibahagian dalam masjid biru sangat cantik .Siling atas dicorakkan dengan tile berwarna warni dan dihias dengan lampu.Keindahan dan kesenian masjid biru adalah dibuat semasa kerajaan Othmaniah selepas Turki ditakluk hasil peperangan dengan puak keristian .Masjid biru ini didirikan berhadapan dengan gereja Hagia Sophia.Kerajaan Othmaniah ingin menunjukkan bahawa masjid lebih besar dari Hagia Sophia maka dibina nya Masjid biru ini.Manakala gereja Hagia Sophia akhinya dijadikan sebagai muzium hingga hari ini.

Di dalam masjid dibentangkan karpet merah yang cantik dan diasingkan tempat solat wanita(Bayan).Sempatlah kami qada solat subuh dalam flight dan solat tahiyyatul masjid n solat duha .Alhamdulillah sampai juga hajatku solat di masjid ini.

         TOPKAPI PALACE 

Istana tempat semayam semua sultan-sultan zaman Uthmaniah/Ottomon.Ia merupakan pusat pentadbiran teratur di atas sebuah bukit yang menghadap Golden Horn serta selat Bosphorus.
Tentera berkuda berkawal.
 Selepas masjid biru kami dibawa ke Topkapi Palace.Ini gambar pintu masuk ke istana Topkapi kini yang dijadikan muzium Topkapi.Kami diberi seorang 1 tiket masuk yang bergambar kunci.Semua tempat yang dilawati diberi tiket masuk yang serupa tetapi berlabel ikut nama tempat yang dilawati. Di dalam muzium inilah terdapatnya baju Siti Fatimah anak nabi SAW kita .baju saidina Hussin ,cucu baginda,serban,janggut dan bekas tapak kaki baginda,pedang sahabat nabi dan macam-macam lagi.Namun tidak dibenarkan mengambil gambar barang pameran ini.




 Dari atas muzium ini boleh dilihat Laut Marmara ,Selat Bosporus.
Selat ini yang memisahkan Istanbul dengan Bursa.Istanbul di benua Eropah dan Bursa di benua Asia.Maka jadilah negara Turki ada 2 benua.



 

 
Selepas melawat Topkapi Palace n melihat Hagia Sophia kami berkumpul semula dan menaiki bas ke Restoren untuk makan tengahari.Selepas makan kami meneruskan perjalanan dengan bas mercedes ke Bursa.Ahli kumpulan rombongan Andalusia kali ini hanya 26 orang dan 3/4 daripadanya adalah ahli persatuan nelayan Semerak,Kelantan.Ahli lembaga pengarah.engineer,pengerusi dan ada 2 pasangan membawa isterinya.Siapa sangka nelayan juga dianugerahi Allah berkunjung ke Turki sebuah negara ketiga paling ramai pelancong mempunyai banyak kesan sejarah kerajaan Islam yang hebat suatu ketika dahulu dizaman Otomon/Utmaniah.


Kira-kira jam 6 ptg sampai di Bursa dan check in hotel di sana.Kami bermalam di Bursa.Esoknya 17 Sept hari ke2 di turki kami dibawa melawat Grand mosque,Bursa.Hiasan dalam peninggalan Otomon dibina dari marmar .Lantai karpet merah.

 

  


 Semasa di Grand mosque Bursa sempat berjumpa Faizal,pelajar Malaysia yang sedang belajar di sana.Dia memeberitahu tempat yang paling murah untuk membeli ialah di sekitar masjid ini.Sempat suamiku membeli sehelai jaket kulit RM150 LT=RM300.Di tepi masjid disediakan tandas wanita WC(women closet) atau Bayan dan tandas lelaki yang berbayar1LT tetapi tandasnya bersih dan airnya sejuk.Kawasan Bursa sejuk.Bulan september kali ini merupakan musim luruh suhu sekitar 22-24 degree C.awal pagi ini banyak kedai jualan yang masih belum dibuka .Kami menaiki bas semula untuk ke Masjid hijau ,Bursa.
Di masjid hijau or green mosque cantik tempat wuduk lelakinya.Pintu masuk ke dalam masjid juga seni ukiran batu.suhu di sini ketika ini 22 darjah sejuk ditambahndengan angin or bayu berhembus dingin sekali.Kesian kpd golongan yg kerap ke WC agak jauh menuruni bukit.Berhadapan dengna masjid hijau adalah makam hijau.Makam golongan istana zaman Otomon ini dihiasai dengan tile berwarna warni cantik.Yang lebih menarik ialah kedai jualan di tepi makam.Ramai telah mula tertarik untuk membeli belah.Aku sempat membeli pasmina 3 helai untuk anak buahku.kusangka 5 TL rupanya 20 TL.

Terdapat sebuah kedai yang sangat cantik dan dalamnya banyal lampu berwarna warni sekadar boleh melihat bukan untuk membeli sebabnya harga yang tinggi.Maka duduk lah kami berderetan di atas tangga di hadapan kedai posing untuk kenangan bersama.


Hampir jam 11 pagi kami dibawa ke kedai/kilang kulit.Barangan kulit baju,handbeg,tali pinggang,cantik n ori tetapi harga ribuan ringgit.Kami sekadar melihat perhiasan dunia.Di hadapan kedai banyak patng batu didirikan.Peringkat awal ada pertunukkan fesyen.Pengunjung dijemput menjadi model di pentas.Nasib baik ditarik dari barisan hadapan,sebelum ni aku dah pernah membaca blog orang lain sebab itu awal lagi aku memilih duduk di barisan belakang..takut jadi model...


Hampir jam 1 setengah barulah kami dibawa ke restoren untuk makan tengahari.Kata tourist guide kami yang bernama Gamtze or Dimple atau dikenali sebagai mek payung oleh kumpulan kami di restoren ini meat ballnya sedap dan dimakan dengan kebab.Abg berbaju biru ,awe kelantan  tok se make gitu ...sayur sahaja satu bakul disuruh makan n nasi hanya 1 skop ais krim...dan kami makan aje asal kenyang.Kami meneruskan perjalanan ke Kusadasi.
 Di sepanjang jalan hanya ladang seluas-luasnya.Ladang kambing,lembu,kuda,bunga matahari.Paling luas ladang pokok zaitun yang berbuah lebat.Di dalam bas mercedes ni ada wifi tapi aku memilih untuk melihat di luar bas yang lebih menarik.Hampir jam 6 petang kami bermalam di hotel,Kusadasi.

Jam 5.30 pagi telah masuk waktu subuh.Walau tidak nampak masjid di sekitar hotel tetapi masih kedengaran sayup-sayup azan subuh.Sarapan di hotel seawal jam 6 pagi tapi macam biasa kami sarapan jam 6.30 pagi.Kali  ini kami membawa  semua barang keluar bilik dan diletak di loby hotel.Walau hotel ada swimming pool tapi mana ada masa untuk anakku ,Haqim berenang,jadi tengok aje swimming pool yang cantik itu.Jam 7.00 pagi mesti berada dalam bas dan memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya.Di awal perjalanan tour guaide dari Andalusia akan membacakan doa dan kami mengaminkannya.Ada juga di antara kami yang membaca surah Yaasin dari tablet masing-masing.Ini lah bahagian yang menyeronokkkan walau di bumi mana berada Allah sentiasa bersama menempuh jalan berbukit,bergunung,berselekoh insyaallah selamat.

Baru jam 8.30 pagi kami sudah sampai ke kota Ephesus tetapi oarang pelancong dari negara lain sudah ramai yang hadir.Kami diberi tiket seorang satu ,gambarnya kunci tetapi berlebel Ephesus City.Inilah kota peningglan kerajaan Rom semasa mereka menguasai bumi Turki.

Kira kira jam 4 petang kami dibawa ke Caravan Saray.Tempat ini adalah tempat pedagang-pedagang berehat selepas atau sebelum berdagang.Ia merupakan sebuah kota
yang mengandungi tempat mandi,bilik berehat,dapur memasak,tempat kuda berehat dan tempat meletakkkan bahan dagangan.Dinding kota diukir cantik.

                Sultanhani   caravanray

Keravansary merupakan pusat persingghan pedagang rutsan tahun dahulu.Digunakan sebagai pusat hentian atau motel di kalangan pedagang dari barat ke timur.Di sini juga terdapat gudang tempat peyimpanan serat haiwan ternakan untuk aktiviti perdagangan.
           

Hotel Richmond,Cappodocia


 
Hampir jam 6 petang kami check in di hotel Capodoccia.Bilik agak besar dan cantik.1 queen n stu single bed.Dinner di hotel.Makan nasi or kebab,sayur,kuih n buah manis.Sarapan pagi jam 6 pagi.Tepat jam 7 mesti ada di dalam bas.Kali ini kami bermalam 2 malam di sini.Lega tidak perlu berpindah hotel dn menarik beg yang sudah berisi n berat.


Kilang Karpet




19 Sept 2014 merupakan hari khamis  bermakna telah masuk hari ke-4 kami berada di bumi Turki.
Pagi ini kami dibawa melawat ke kilang karpet.Kami diperkenalkan dengan karpet yang bermutu tinggi dan kurang bermutu.Yang tinggi nilainya pastilah karpet buatan tangan dan diperbuat dari benang sutera n harga pasti ribuan Turki lira.Ada juga karpet dari benang bulu paling murah 1 ribu lira.Tradisi mereka membuat karpet dengan tangan demi mutu yang tinggi.

Open air muzesi -Gerome-Cappodocia


Lebih kurang jam 10  pagi kami dibawa ke Gerome muzesi (Open air muzium).Kawasan pergunungan,bukit bukau batu yang berbagai bentuk hasil luluh hawa,angin dan mungkin salji.Di sinilah tempat orang naik belon udara panas.Tiada seorang pun dari kumpulan kami yang naik belon ini.Jadi kami banyak masa memerhatikan sendiri kawasan batu yang unik ini.Kawasan sangat luas berkm besarnya.


Di sini juga ada bekas petempatan orang keristian Rom zaman kerajaan Byzantium yang melarikan diri dari diserang oleh orang Islam.Tempat tinggal di dalam gua adalah dipahat,digali,diukir oleh manusia pada zaman kerajaan Byzantine.Mereka juga dikenali sebagai puak hitty.Apa yang tinggal ialah lukisan-lukisan ajaran keristian di dinding gua.Terdapat juga bekas tembakan peluru senapang semasa peperangan keristian-Islam.





Teradapat  jualan ais kerim yang sengaja membuat trik bertujuan menarik
perhatian atau lawak.Harga di sini 5TL.
 
Gerome open air museum,Cappodocia

 
Di open air muzesi ini terdapat sebuah kedai yang menjual cenderamata dan gambar foto . Pekedai mbenarkan pelancong  memakai costume Turkish untuk bergambar tanpa bayaran.

 
  Di depan kedai jual kekacang

 Jam 1 tgh kam idibawa pulang ke hotel Richmond untuk makan tengahari.Berbagai hidangan yang ada.
Kuih muih manis,ada yang sama macam di Malaysia,makanan melayu kuih talam.Anika buah buahan anggur,tembikai,epal,plum.Aneka jenis jeruk.Orang Turki suka makan jeruk.
Sebelah petang kami ke Sultanhani Caravan Saray dan Mevlana muzesi.Sebelah malam ke pertunjukkan Tarian Sufi di dalam gua.



 

 
Di sebelah petangnya kami dibawa ke Venesa Seramik iaitu kilang membuat pasu.Di sini ditunujukkan cara membuat pasu dan ukiran-ukiran pada pasu dan diterangkan bagaimana menegnali pasu yang diukir secara asli buatan tangan.Nilai pasu atau hiasan dinding berharga ratusan dan ada yang ribuan lira atau Euro.Yang tahu pasu itu dibeli di mana dan dilukis tangan hanya kita yang tahu nilainya.
 
 Di sini juga ada pelatih-pelatih kolej dan universiti yang berkerja di sini.



Jika bawa duit or master card bolehlah membeli pasu atau hiasan dinding yang berkualiti tinggi sebagai kenang-kenangan dan aku hanya melihat tanpa membeli.






2 comments:

  1. Wah best kan turkey..kami sekeluarga ikut trip mahira travels. Memang bagus sgt.. alhamdulillah lengkap semua tmpt tinggalan sejarah islam di andalusia. Masa blk , kami singgah turkey. Mmg menakjubkan..penginapan dan mknan halal pun sgt baik.menepati citarasa.syukur sgt selamat pergi dan blk. Mereka ni travel agent yg sgt titik beratkan keselamatan dan keselesaan. Sesiapa yg nak ikut tour mereka boleh hubungi en azim atau puan siti. Mahira travel 0362765610

    Saya takde dpt apa2 komisen ye..cuma nak kongsikan pengalaman.sbb bukan semus travel agent tu jujur. Saya cuma kongsikan pd sahabat saudara seislam yg mana yg ada kebaikan. Saya highly rekomen mereka ni sbb saya da 5 kali ikut ground mereka ke australia, nz, turkey dan eropah

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAMI IUT TRIP YG ADA CUTI SEKOLAH
      TAPI next trip kami akan cuba mahira ni

      Delete