Tuesday, 4 August 2015

JORDAN 

1 Jun kami bertolak keluar dari Palestin/Israel menuju ke Amman Jordan.Kali ini kami keluar dengan lebih cepat di sempadan.Masa masuk ke Israel lebih lama 3-4 jam tapi keluar agak cepat lebih kurang 2 jam dah selesai.
Bas menuju ke sempadan dan sebaik tiba di sempadan Jordan tourist guide Jordan memulakan tugasnyai  bercerita.Namanya ...orang Palestin masih muda tapi kelihatan tua kerana saiz badan agak besar.
Selepas makan tengah hari kami berehat di hotel.
Esoknya pagii lagi kami telah dibawa melawat makam nabi Ysuhak...siap makan tembikai.
Kemuadian kami dibawa ke Laut mati sebelah Jordan.Laut mati ni duduk di tengah-tengah antara Jordan dan Israel.

 
Persekitaran Laut mati Dead sea

 
Laut mati sangat luas meliputi 2 negara Jordan dan Palestin,Israel.Laut mati Jordan taida pokok yang menyebabkan cuaca agak panas.

D
Tandas dan bilik mandi juga disediakan di tepi laut mati ini.

Ramai teruja nak mandi tapi kami tak bersedia membawa pakaian sesuai jadi yang lelaki terus menggunakan pakaian yang ada untuk merasa sendiri berendam di laut mati.Khabarnya air laut nya yang sangat masin boleh menyembuhkan penyakit kulit.Ada oarang samapai meminta derma dari orang ramai untuk datang ke sini untuk mengubatpenyakit siriosis kulit.

Air laut mati ini boleh menyembuhkan penyakit? Allah sahaja yang tahu.Mengikut sejarah dari Al Quran laut mati ini terjadi dari pembalasaan Allah terhadap kaum Nabi Lut as yang telah mengamalkan perbuatan terkutuk mereka iaitu seks kaum sejenis.

Di gigi air laut mati jelas kelihatan serbuk putih garam.Ketumpatan garam di laut mati sangat tinggi menyebabkan garamnya mudah tersejat dari air laut di bawah kepanasan matahari.Di sini tiada pokok-pokok jadi cuaca sangat  panas.Ramai yang cuba berenang di dalam air laut mati ini tetapi sukar berenang dan tenggelam.Airnya pun pedihi  bila terkena muka bagai terjena cili api pijarnya.Di sini juga terdapat resort dan kolam renang.Kami hanya singgah makan di restoren resort ini,makan buffet ala Barat/Arab dengan nasi beriani/mandy kambing.


 
Di tepi pantai kelihatan mat salih menyapukan lumpur dari laut mati ke seluruh badan mereka.Kelihatan hitam tubuh mereka disalut lumpur.Di sini dijual lumpur laut mati untuk membersihkan kulit.Mulanya kusangkakan orang kulit hitam rupanya lumpur hitam.




Bilik hotel semasa bermalam di Amman agak besar siap dengan sette.
 

Makam nabi Yusha as,di Amman ,Jordan.Makamnya agak panjang ditutup kain hijau bertulis ayat Quran.


Di masjid makam nabi Yusha ada air mineral.Penjaga air mineral sedang mengepam air naik dan ditadah untuk diberi minum kpd pengunjung masjid.Rasa air air mineral.


Kami sempat singgah di gerai menjual buah buahan tempatan di tepi jalan sekitar bandar Amman.Terdapat buah anggur hijau,peach,plum,kacang kuda yang fresh dijual dengan harga berpatutan.

Gua al kahfi
tempat 7 pemuda yang lari dari raja yang zalim akhirnya tertidur ratusan tahun bersama anjingnya tidur di pintu gua.

Pintu masuk gua alkahfi
di dalam gua dimakamkan 7 pemuda yang tertidur bersama pinggan mangkuk yang pernah mereka gunakan pada zaman itu.

Friday, 10 July 2015

Al Aqsa

Al Aqsa
Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Pekan Lama atau Old City of Jerusalem, Tebing Barat (West Bank). Semasa zaman nabi, banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kawasan ini, seperti Eiliya’, Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Old City of Jerusalem dikelilingi oleh pagar. Di dalamnya terletak kawasan petempatan lama. Ianya agak padat. Dahulu Muslim Arab merupakan majoriti, akan tetapi selepas penjajahan, orang Yahudi semakin ramai menguasai kawasan petempatan di dalam Old City of Jerusalem. Turut berada di dalam pagar Old City berkenaan, ialah Holy of Sepulchre, gereja utama agama Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak di tenggara pagar Old City.
aqsa 2

BANGUNAN AL-AQSA YANG SEBENAR
Antara gambar terbaik untuk melihat pandangan udara al-Aqsa ialah seperti berikut.
aqsa 4
Secara ringkas, al-Masjid al-Aqsa yang sebenar ialah meliputi semua monumen bangunan dan tanah lapang di sekitar pagar empat segi di atas. Hujjahnya ialah seperti berikut:
1. Nabi Muhammad diisra’ ke al-Aqsa. Kemudian dimikrajkan dari al-Aqsa juga. Semua bersetuju yang nabi dinaikkan ke langit daripada lokasi Dome of the Rock sekarang yang letaknya di bukit paling tinggi di dalam pagar di atas. Justeru tidaklah tepat sekiranya Dome of the Rock dikatakan bukan sebagai al-Aqsa.
2. Masjid tidak semestinya berada di dalam satu bangunan. Ianya boleh jadi di atas tanah lapang, atau dalam bangunan, atau gabungan tanah lapang dan bangunan, selagi mana ditentukan lokasi dan sempadannya.
3. Al-Aqsa mempunyai hubungan dan persamaan dengan Ka’bah. Tidak mustahil, kerana pembinanya adalah orang yang sama. Bahkan jika dibesarkan plan Ka’bah, kita akan dapati yang plannya adalah sama dengan pagar sempadan al-Aqsa. Dengan erti kata lain, sudut bukaan setiap hujung empat seginya adalah sama. Penjelasan lanjut boleh diperolehi daripada buku Dr Haithem yang sebenarnya merupakan thesis PhD beliau.4. Memang benar Saidina Umar seakan marah dan tidak bersetuju dengan cadangan Ka’ab al-Ahbar mengenai lokasi di mana perlunya dibina bangunan masjid di dalam al-Aqsa. Ka’ab mencadangkan di lokasi Dome of the Rock sekarang. Umar tidak bersetuju kerana lokasi itu adalah lokasi paling suci dalam agama Yahudi, dan keduanya bangunan utama yang menempatkan Imam sembahyang, perlulah berada di tempat paling hampir dengan qiblat/Ka’bah. Maka dibinalah bangunan masjid kecil di selatan sempadan pagar al-Aqsa yang betul-betul dibina oleh nabi Adam menghadap ke arah Ka’bah. Masjid asal yang dicadangkan saidina Umar itu dikenali penduduk tempatan sebagai Jami’ Qibli atau Jami’ al-Aqsa. Adapun sekiranya menyebut al-Masjid al-Aqsa, maka ianya merujuk kepada semua yang berada di dalam pagar sempadan al-Aqsa tadi, termasuklah Jami’ Qibli, Masjid Buraq, pelbagai masjid kecil di dalamnya, beberapa bilik perpustakaan, pejabat dan kelas pengajian, Dome of the Rock, Dome of Ascension, Dome of Chain, tanah lapang, dan lain-lain.
aqsa 6K

onklusinya, Masjid al-Aqsa telah dibina oleh Nabi Adam a.s ataupun
anak-anaknya, yakni beribu tahun sebelum Nabi Sulaiman membinanya
kembali buat kali ke-2.
Kebanyakan hujah-hujah mereka yang mengatakan bahawa Nabi Sulaiman
adalah pembina asal Masjid al-Aqsa adalah tidak kuat dan tidak
bersandarkan dalil-dalil yang sahih. Manakala dalil-dalil yang
mengatakan bahawa Nabi Daud yang membinanya pula adalah hadis-hadis
yang lemah selain diperoleh daripada sumber Israeliyyat ( ahli kitab
).

Satu-satunya hadis yang sahih dan kuat adalah seperti yang dikemukakan
oleh penulis seperti diatas ( Hadis Abu Dzar ) yang diriwayatkan Imam
Bukhari. So, benarlah….pembina sebenar al-Aqsa adalah Nabi Adam a.s…

Bahagian bawah Al aqsa masih digunakan untuk solat.Karpet merah dan dinding batu lama keras dan sejuk di sini. Turun tangga untuk ke sini.Di bahagian bawahnya telah digali oleh Yahudi.Bermakna keseluruhan secara tak langsung ada 3 tingkat .

Bangunan masjid Al aqsa yang lama di bahagian bawah tanah masjid al Aqsa sekarang. Lorong bertangga menunju ke bawah masjid.Pintu masuk dijaga oleh polis .

Tembok tebal dan tinggi mengelilingi kawasan masjid Al Aqsa.Binaan dari batu lama besar dan keras serta tebal.

Tembok masjid.

Kubah As Saqrah.






Tuesday, 7 July 2015

PALESTIN

umrah ziarah 3 masjid dengan Jordan air 29 Mei 2015


Jumaat,jam 6 ptg pada 29 mei 2015 kami te;ah berkumpu; di KLIA bersama ahlirombongan dari pelbagai negeri.Klai ini hanya kami berdua dari Penang.Semua berjumlah 34 ahli.Jam 10.30 mlm dengan Jordan Air kami berlepas ke Amman,Jordan.Selepas penerbangan selama 2 jam lebih flight transit di Bangkok.Kami semua tidak turun hanya penumpang yg sampai ke destinasi sahaja turun.Kira-kira sejam petugas airport Bangkok membersihkan kapalterbang.Kemudian flight meneruskan penerbangan ke Amman.Sekali lagi kami dijamu makan dalam flight...kali ini roti2...


       


Kira-kira jam 6 pagi kami tiba di Queen Alia ,Amman,Jordan...dlm flight 3-4 kli makan.Solat subuh di airport...dan terus menaiki bas ke sempadan ..singgah di restoren,Amman untuk bersarapan nasi arab n roti arab...Sampai di sempadan agak berjam juga untuk pemeriksaan imigresen Jordan Israel.Lebih kurang 5 check point baru melepasi imigresen.Dengan satu beg baju kecil kami memasuki Palestin.



           

Jerico city ,bandar tertua di dunia

Kami singgah lunch di restoren di Jericho city.Lunch nasi arab lagi dengan kambing n ayam.
Hampir jam 3 ptg kami sampai di bandar Jerusalem/Baitul mukaddis...check in hotel...solat jamak zohor asar n bersiap untuk solat maghrib n jamak isya di masjid Al aqsa.selepas dinner di hotel kami berehat hingga subuh.

Lorong batu menuju ke masjid Al aqsa dari hotel kira-kira 400m
menuruni tangga batu lama yang keras.Permukan batu agak licin kerana telah berjuta tapak kaki manusia menggunakannya almaklum tempat bersejarah yang menjadi tumpuan seluruh dunia.



Suasana menjelang maghrib,manusia mula bergerak menuju ke masjid untuk solat maghrib.Dorms of rock kelihatan bersinar warna emasnya di pancar matahari petang.Gambar bawah berjubah putih adalah imam masjid Al Aqsa menyampaikan salam dan selamat datang saudara muslim.

 



Kubah dorm of rock bersinar terkena cahaya kerana ia dibuat dari emas.Perkarangan majid pokok-pokok dicat putih agar batangnya tidak reput oleh anai-anai.






Bahagian dinding luar masjid Al Aqsa begitu tinggi dan besar. Kanan gambar makam nabi Ibrahim,Ishak as dan makam Siti Hajar isteri nabi Ibrahim as .Makam bukan kubur tapi binaan tanda bekas tapak rumah .

 
Gambar kanan atas di bawah batu tergantung di dalam dorms of rock.Sambil mendengar cerita dari Kasim -tourist guide Palestin...ada juga yang bersolat sunat dan berdoa di bawah batu ini.Masa kami masuk ni watu selepas maghrib.

 

Gambar atas imam masjid Al Aqsa memberi sedikit ucapan aluan selamat datang kepada kami saudara seislam.Beliau juga mengingatkan kami agar mengajak lebih ramai saudar seislam datang menziarahi masjid ini.Sesungguhnya masjid ini kepunyaan saudara seislam walau kini dibawah tadbir Yahudi malaun.Di sebelah bilik ini adalah makam nabi ........as.


 

 

Gambar di atas adalah bangunan/rumah Siti Mariam ibu kepada nabi Isa as.Bahagian kanan gambar adalah makam nabi Daud di sebelah  yang boleh dimasuki oleh lelaki sahaja. Pada hari kami melawat merupakan hari ahad dan ramai penganut yahudi malaun di makam ini.Anak-anak mudanya terlompat2 menari dan terjerit2 dengan zikirnya dan langsung tidak memeberi peluang pelancong lelaki islam masuk.



Persekitaran makam nabi Daud as bahagian wanita juga dipenuhi yahudi malaun.Mereka juga terjerit2 melompat ,menari berpegangan tangan berzikir gamaknya juga dengan muka kelat tidak menyukai kehadiran kami.Namun sempat jga kami masuk melihat makam berselimut kain cream colour.Makam bukan kubur tapi tanda tempat rumah nabi.


Bumi Palestin memang subur patutlah direbut oleh Yahud malaun.Kawasannya di tanah tinggi ,tanahna berbatu batu tapi bila lereng gunung diteres terhasillah tanahnya yang subur.Sangat banyak di tanam anggur ,buah tin Suhunya sederhana sejuk.Di sekitar Al Aqsa semasa kami berziarah 30 mei 2015 sebelah malam suhunya mencecah 13 darjah celcius dan siangnya 20 darjah celcius sejuk dan berangin.Kawasan tanamannya di air oleh batang paip politen di bawah tanah.


Hari ke 2 di Israel 1 Jun kami di bawa melawat bandar Hebron dan singgah di kedai cenderahati.
Berbagai souvinier di jual antaranya ayat quran atau gambar masjid al aqsa atau As Saqrah yang dilukis pada mutiara berharga ribuan ringgit.Tak mampu kami membelinya.Sekadar fidge mahnet atau souvinier kecil kecil boleh dibeli dengan USD.


 


Seterusnya kami dibawa ke makam nabi Ibrahim dan keluarganya .Makam Siti Hajar,anaknya nabi Ismail,nabi Yaakob,Nabi Ishak as.Makam bukan kubur tetapi tempat/tanda bekas rumahnya.Binaan empat segi berbumbung hitam tu lah makamnya.
Makam Siti Hajar dan anaknya hanya dapat diliat menerusi jeriji besi bewarna hijau di letak di dalam bik.
Gambar kiri ini jalan berbatu menuju ke kawasan makam.Setiap makam dibina masjid,
Kanak kanak Palestin berkeliaran mengerumni pelancong dan ada ketikanya mereka meminta wang kecil.
Bahaya untuk membuka beg duit sebab akan diserbu oleh kanak-kanak lain.
Sepanjang jalan ada di jual cenderemata.