Monday, 12 June 2017

Paris ,France

Paris ,City of love 25 mac 2017 jumaat
hari-hari akhir di Eropah, negara akhir untuk trip Euro kali ini.Dari Swisz perjalanan dengan bas mengambil masa 6-7 jam Lewat petang kami singgah dulu di outlet factory yang dipanggil
La Valle Village banyak menjual barangan berjenama terkenal,Paris seperti Clark,LV,Gucci,...dll.
Dari baju,kasut,handbeg dan macam-macam ,kawasan shopping luas dan besar dan banyak sungguh barangan yang dijual.

 Di Swiss kami menginap di park inn.Biasanya kami duduk
3 orang sebilik tapi kali ini kami diberi 2 orang sebilik dan
anakku Haqim tinggal seorang sebilik.Mulanya aku rasa tidak selesa kerana bimbang Haqim sukar bangun pagi dan takut akan ketinggalan rombongan yang pastinya akan berlepas jam 7.00 pagi.
Alhamdulillah ,rupanya Haqim berdikari dan seronok dapat sebilik seorang dan dia set jamnya untuk bangun solat subuh dan sarapan jam 7 pagi.
Di sebelah park inn ada minit mart menjual barangan makanan dan souvinier ,aku berbelanja sedikit cuba menghabiskan wang SwissFranc yang tidak sempat berbelanja di Luzen .Beberapa key chain sahaja yang dibeli mini cucckoo.Pastinya 2-5 SwissFranc setiap satu
1SwissFranc=Rm4.5.
Hotel Park inn yang tidak kugemari ialah bilik mandinya cermin dan orang di luar boleh nampak di dalam.
toilet langsung tiada air,air hanya di kamar mandi sahaja.


Adus tak sangka pula ,jacketku kali ini tersenget sebelah.Dahlah handbeg baru tertusuk besi mana entah dah berlubang.Hand beg baru Polo beli di Mega Maal Butterworth sebelum aku mengikut trip ke Europe bersama Al Ilmi Travel.Seramai 38 orang ahli grup.




Selepas kami bertolak keluar dari bandar Luzern,kami singgah di La Valle Village.
La Valle Village terkenal tempat shopping factory out let yang terbesar dan mewah.Banyak barangan berjenama terkenal di sini dengn harga patut.Untuk masuk ke sini pasti ada securities,macam nak masuk masjid Nabawi ,Madinah kena buka beg dan cek depan security.
La Valle Village 30 minit dari bandar Paris kedudukan di pinggir bandar Paris.Sekadar mencuci mata.
Dalam perjalanan ke sini menurut Tour Leader /guide Faris n Farah daripada syarikat Al Ilmi Travel kami melalui suatu tempat car boot sales.Kami tidak singgah cuma diceritaka di car boot sales ada dijual barangan second hand .Barangnya mungkin dari musim winter  seperti winter coat,perabut-perabut dijual di situ.
La Valle Village banyak menjual  barang branded dari tali pinggang,hand beg,beg,pakaian dan macam-macam lagi.Aku hanya cuci mata di sini almaklum harga semestinya mahal.Namun begitu beli juga lah purse kecil-kecil setiap satu berharga RM100  untuk ole-ole dan diri sendiri.Walaupun kecil siap ada sarung nya sekali jenama coach.

              

             






Hampir maghrib kami tiba di Paris City.Bus coach perlu berehat jadi sesiapa yang ingin keluar ke bandar Paris perlu menggunakan  taxi.Pasti aku tidak berminat dengan badan letih n mata mengantuk bersabar ajelah menunggu esok untuk melihat paris city.
Seawal 7 pagi kami telah siap bersarapan di hotel dan menyimpan semua barang ke dalam bas.Bas membawa kami ke mercu tanda Paris City iaitu Eiffel Tower untuk foto.
Di sekitar Eiffel Tower ini ramai negro yang menjual souvinier.Menurut Faris n Farah mereka adalah orang Islam miskin sekitar Paris berjaja begitu,kami membeli sebanyak mungkin dengan harga yang murah. 2Euro untuk 5 key chain. 10euro utk model eiffel tower.


Eiffel Tower mercu tanda Paris.Seawal jam 7.30 pagi kami telah sampai di sini.Dari hotel penginapan ke sini tidak jauh lebih kurang 10 minit boleh sampai tetapi oleh kerana malam kami tiba badan sudah letih maka malam kami tidak keluar untuk melihat keindhn Eiffel Tower pada waktu malam.Ada juga ahli grup kamiyang keluar dengan taxi dalam kumpulan kecil ke sini.


jam 9 pagi barulah dibenarkan kepada sesiapa yang ingin menaiki Eiffel tower.Tiada seorang pun dari kami yang berminat tambahan cuaca sangat sejuk terketar-ketar dan cepat-cepat masuk ke dalam bas untuk memanaskan badan. sebelum jam 9 pagi kami telah bertolak ke Paris City melihat keindahan bandar Paris.

Ditengah bandar Paris ini terdapat banyak kereta jenama mahal untuk disewa antaranya Lamborgini,Ferari dll kereta mewah.contoh Ferari 30 minit bayaran sewanya ...
Kami bergerak ke satu menara bersejarah Tom of Arc...di tengah pusat bandar.Ramai yang berbaris membeli tiket untuk naik ke atas menara. Kusangka ada lift kami pun beratur membeli tiket ...30 minit berbaris ...wow rupanya naik tangga berpilin ..nasib baik aku dapat bernafas dengan baik untuk tiba ke kemuncak lebih kurang bangunan 5 tingkat...

Pemandangan dari atas cantik nampak kesibukan kota Paris dengan simpang yang berselirat tetapi tiada kemalangan. Kalau di Malaysia pasti dah accident setiap 1 minit.
Di sini juga kami melawat gedung-gedung mewah tempat shopping untuk orang kaya-kaya.Harga puluhan ribu untuk sesuatu baju atau hbeg atau kasut juga julan kereta mewah...siapalah orang kaya yang bertuah itu.Pastinya ramainya orang-orang kaya di dunia ini ,inilah tempat shoppingnya.
Kami singgah makan nasi arab di restaurant India kerana ada disediakan tempat solat maka bolehlah kami jamak solat zohor dan asar.Kami menghabiskan beberapa euro yang tinggal dengan membeli beberapa souvinier untuk adik beradik mana yang mampu.Beg galas dapatlah harga 5 hingga 10 euro.

Beli juga beg luggage 30 euro kerana muatan barang telah bertambah.
Hampir jam 5 petang kami di bawa ke air port paris untuk perjalanan pulang.Turkish air .
Paris ke Istanbul hampir 3 jam dengan 1 kali makan dan Istanbul ke KLIA 11 jam dengan 2 kali makan.Akhir sekali dah terasa jemu makan pasta atau ayam dengan Turkish air line...langsung tidak disentuh makanan akhir itu,cuma makan roti n air ...alhamdulillah selamat tiba di KLIA jam 7.00 mlm.26 mac 2017.








 

 

 View dari puncak bangunan Tom of Arc di tengah-tengah bandar Paris.Berbaris membeli tiket untuk naik ke atas ini.Barisan yang agak panjang sebab ramainya pelancong datang ke Paris.Untuk sampai ke puncak perlu menaiki tangga kecil berlingkar yang muat untuk seorang.Kelihatan mat saleh berbadan besar agak termengah-mengah untuk sampai ke atas namun setiap level ada ruang untuk rehat dan benarkan orang lain pintas .Ketinggian seperti bangunan 4 tingkat.
Di bawah kelihatan simpang jalan yang begitu banyak.Katanya trafic yang begitu baik walau banyak simpan n kenderaan pun banyak tapi tiada kemalangan @ accident .Kereta mewah seperti Ferari.Lamborgini dll boleh disewa dengan kadar 60 euro utk 30 minit.Test drive di simpang ini.Laju tapi no excident ...hebat pemanduan n skill mereka.
Sekitar ini banyak tempat shopping mewah.Hand beg RM10K keatas.Nak masuk pun ada seciority.
Sekadar menjamu mata melihat tempt shopping orang kelas atasan.Dalam Islam mana ada beza kelas manusia selain amalan baik sahaja.

 



Iklim negara mereka sejuk itu yang menarik sebab tak panas seperti tempat kita.Sejuk n nyaman dan pokok bunga cantik-cantik hidup subur menambah cantik view.



No comments:

Post a Comment