Salji oh salji memutih n permainan luncur ais
Menuju ke puncak mount Titlis dengan cable car 400FrancSwis walau mahal perhead tapi berbalui.
Tiba di puncak kami cuba ke clift walk ..jambatan gantung tapi tiba-tiba angin kuat dan salji turun dengan lebat.Masing-masing terhuyung hayang dengan berpijak di atas salji yang licin dan tenggelam hingga ke lutut badan mula gigil kesejukan.Kebetulan ada yang terjatuh licin ,aku dan anakkuHaqim berjalan cepat mencari perlindungan di dalam bangunan.Wow pedih muka rupanya bila terkena salji.Saljikan berbentuk tajam-tajam tu bila deras jatuh ke muka rasa pedih macam kena cili padi .
Tingkat 5 bangunan paling atas paling sejuk.Kami turun ke tingkat dua dan bermain salji di luar bangunannya.Di sini seronoknya bila dapat menikmati panas matahari.Barulah terasa sangat menghargai kehadiran panas matahari apabila terasa sangat sejuk di sini.Di aras tingkat 2ini kami solat berjemaah dan kemudian bermain luncur duduk.Turun laju ke bawah dan naik semula dengan ascelator.Tua muda semua main menikmati keberadaan di bumi salji ini.



Inilah ascelator yang dimaksudkan.Ntah motor siapa pula ini kami ambil kesempatan melaram berfoto.
Sebelum sampai ke mount Titlis ,bermacam difikir tentang cable car yang bakal dinaikirupanya besar dan langsung tidak takut atau gayat.
Peringkat pertama cable car macam di Langkawi boleh dinaiki 8 orang ,sampai ke stesyen pertama naik pula rotair yang boleh memuatkan hampir 30 orang dan ia berpusing 360darjah.
Sekeliling yang diperhatikan adalah keputihan salji dan di bawahnya ramai orang bermain ski.
Tiada perasaan takut atau gayat kerana ada orang di bawah yang bermain salji meski pun cable car berada sangat tinggi melebihi puncak pokok.
Kemuncak gunung diselaputi salji.salji sepanjang tahun.
Kawasan parkir untuk ke cable car menuju mount Titlis.
Rumah kandang lembu ketika sejuk melanda.Lembu disimpan di dalam bila sejuk.
Bila panas sikit barulah lembu akan dikeluarkan untuk makan rumput di padang ragut.
Rumah kediaman
Kilang-kilang
No comments:
Post a Comment