
14 okt 2018 bersamaan hari ahad.Semalam Hari Sukan Negara.Jam 5.00 pagi aku telah bersiap-siap bekalan makanan untuk di bawa iaitu teh tarik dan kue tiaw goreng.Terpedas pula kue tiaw ni nasib baik ada kuih paw yang aku masak semalam.Buah tembikai juga dipotong-potong sebagai bekal.
Tunggu en.suami n anak bersiap lambat la mereka ini hampir jam 8.00 pagi baru dapat bergerak.
Sampai di kaki Bukit Larut kereta parking di tepi-tepi jalan punya la banyak.Terpaksa kami parking jauh dan berjalan jauh untuk sampai ke kawasan mula mendaki.Masih ramai orang bersenam robik dan muzik agak bising.Kami mula mendaki menyusuri jalan tar .Masih ramai yang bersama kami.Tetapi ada juga yang dah mula turun mungkin depa bermula jam 7 pagi tadi agaknya.Kami pun mula mendaki jam 8.40 pagi.

Wow dah lama tak hiking mana ada stamina kenalah berhenti-henti .Hanya dapat sampai ke pondok 3.Agak-agak 3km jauhnya.Nampak view cantik bandar Taiping di sebelah bawah..Tiba-tiba muncul 2 remaja dari celah-celah semak.Mereka short cut .Selepas bertanya keadaan jalannya anak dan suami terus masuk ikut trek turun short cut,aku terpaksa mengikut mereka .Aku menjangka treknya Ok, rupanya cerun curam ,kadang kala kena lompat turun bertali.Aku memegang mana-mana akar pokok untuk berpaut.Kadang-kadang batang pokok kecil juga terpaksa berpaut mengawal keseimbangan diri.Ada ketika merangkak bawah batang pokok.Anakku telah digigit pacat .Akhirnya sampai juga
ke pondok 2.Short cut tapi meredah hutan,kalau tergolek jatuh entah la.


Kira-kira jam 12 kami sampai semula di kaki Bukit Larut,peluh sampai basah baju tapi cuaca agak lembab n nyaman.Kami meneruskan pencarian tempat untuk makan bekalan sebab perut sudah mula lapar.
Taman Tasek Taiping memang cantik dan nyaman.Kami membuka meja lipat yang dibeli melalui LAZADA RM160 melalui pertongan kawan di sekolah..

Walaupun pedas makan juga la sebab lapar.Manakala anakku semestinya makan kuih pau sebab tak tahan pedas.Selepas makan kami bergegas pulang.Sampai di rumah jam 1.00 tgh walaupun letih dan sakit kaki tapi seronok dapat hiking .Lebih kurang 5km la kali ini dengan pengalaman melalui trek dalam hutan.Alhamdulillah selamat tidak mengalami apa-apa yang tidak diingini. Insyaallah lain kali aku bercadang untuk naik Bukit Larut menggunakan jeep dan turun pondok 2 berjalan kaki ke bawah .


No comments:
Post a Comment