Di sepanjang jalan ke Istanbul terdapat bangunan setinggi ini.Masjid kelihatan serupa macam Masjid biru identiti nya menggunakan marmar biru/kelabu dan jenis kubah yang serupa.Sekitar Istanbul terdapat banyak masjid kecil tetapi identiti serupa masjid biru.
Di atas jambatan ramai kaki pancing sedang memancing ,cara mereka menghabiskan masa lapang dan santai.
Memang banyak ikan di laut marmara ini walau airnya kelihatan hitam.
Lanskap di tepi jalan yang menarik,tanaman bunga yang cantik.Ini lah ,Dorak Tour bersama Miss Gamtze yang cantik manis bila bertudung sebagai tourist guide,ex university student baru berusia 24 tahun.
Tanah kubur Istanbul
Masjid yag banyak di sekitar Istanbul bahkan seluruh Turki dan binaannya sama bentuk dan warna seperti masjid biru.Galakta Bridge sama binaan dengan P.Pinang Bridge.
EPHESUS CITY-KUSADASI
Kota Ephesus adalah peninggalan kerajaan Byzantium selepas Turki ditakluk oleh Al Fateh yang akhirnya mendirikan kerajaanUtmaniah/Ottomon.Kerajaan Byzantium adalah orang-orang Rom pada masa itu beragama keristian dan mempunyai banyak paderi dan mereka mendirikan gereja
Bergambar ramai ramai tu adalah bersama ahli rombongan yang lain kebanyakannya ahli lembaga pengarah persatuan nelayan Semarak,Tok Bali Kelantan. tembok batu di belakang tu adalah sebahagian kota Ephesus.
Setelah jam 7 malam adalah waktu berehat di hotel di kawasan Kusadasi.Hotel yang cantik lengkap dengan kolam renang tetapi hari dah malam hanya sesuai untuk berehat n tidur sambil mengemaskini koleksi gambar n whatsap.Dinner di hotel masih ada nasi, buah,kuih manis berbagai jenis.Suhu sangat dingin lebih kurang 22 degree Celcius.Malam kena pakai baju panas.
MEVLANA MUZESI-KONYA
Keesokkan harinya kami dibawa ke muzium Mevlana orMevlana Muzesi.Sebelum masuk kami diberi tiket masuk dan ear phone
untuk dipakai.Kata Mek Payung di dalam muzium terlalu ramai pelancong jadi mudah didengar informasi dari Mek Payung jika melalui ear phone. Bila dipakai atau tak pakai sama saja kedengaran suaranya.
Di dalam muzium Mevlana dipamerkan buku-buku,alatan muzik,tempat memasak semasa pengajian di sekolah Mevlana.
Di sini juga ada kawasan perkuburan Mevlana dan keturunannya.
Sempat kami bergambar ramai di depan Mevlana muzesi.Muzium ini banyak ditanam pokok bunga ros beranika warna n cantik sungguh.Buku-buku yang pernah digunakan untuk sekolah Mevlana dipamerkan di sini.Alatan muzik.kubur Mevlana n ayahnya juga ada di sini.Di belakang itu adalah kubur kaum kerabatnya. Batu nesannya tinggi dan besar patung lilin mengambarkan suasana masa persekolahan di sini oleh Mevlana dan ayahnya.
Dari penerangan Mek payung bapa Mevlana menyangkakan anaknya takut mati jadi sebelum meninggal dunia ayahnya berpesan membina kuburnya berdekatan kubur Mevlana.Kalu dilihat susunan kuburnya seolah olah ayahnya sedang memangku mevlana di saat kematiannya dan cuba menenangkan Mevlana ketika nazak.Sangkaan ayah Mevlana salah sama sekali rupa-rupanya Mevlana tidak takut mati malah sangat mencintai kematian kerana dengan kematian Mevlana rasa dia akan lebih dekat dengan Allah.Sebab itulah terciptanya dwirling dance...sebuah tarian berpusing-pusing sambil berzikir tercipta semasa Mevlana terlalu mengingati Allah.Mevlana begitu kusyu berzikir sambil berpusing-pusing.Sebagai mengingati perlakuan Mevlana tarian ini dikekalkan sebagai tradisi Turkish dan dipertontonkan kepada pelancong dan diajar di pusat pengajian Mevlana.Ketika persembahan pertunjukkan dwirlling dance dilakukan di dalam gua bawah tanah dan penonton disuruh diam tanpa bercakap-cakap atau bertepuk tangan untuk elakkkan gangguan kusyu berzikir.Selepas pertunjukkan kira-kira jam 9 malam penonton akan dijamu air teh delima yang dicampur rempah.Yang menarik lagi my tourist guide bertanya
"are u feeling sad after the show?".Wou Turkish begitu menghayati puisi Mevlana.Di Turki memang ada kolej pengajian Mevlana dan Turkish begitu mencintai negara mereka,semangat nasionalisma begitu tinggi di Turki.Turkish tidak menganggungkan bahasa lain dari Turkish bahkan bahasa inggeris pun lemah sehingga ketika kita bertutur atau jual beli terpaksa bagai ayam n itik dan gunalah kalkulator.
Museum Mevlana Jalaluddin Rumi, Konya
Jalaludin Rumi atau nama lengkapnya Maulana/ Mevlana
Jalaluddin Rumi Muhammad bin Hasin al Khattabi al-Bakri adalah sang pujangga
sufi dari tanah Persia. Selain penyair dia juga tokoh sufi yang berpengaruh di
zamannya. Lahir pada 30 September 1207 Masehi di Balkh sebuah kota kecil di
kota Khurasan, Afghanistan dan meninggal pada 17 Desember 1273 Masehi di Konya
,Turki.
Mevlana-and-Sham
Mevlana Rumi atau Jalaluddin Rumi, mengekspresikannya
tulisannya dalam bahasa cinta yang syarat makna. Melalui puisi-puisinya Rumi
menyampaikan bahwa pemahaman atas dunia hanya mungkin didapat lewat cinta,
bukan semata-mata lewat kerja fisik. Dalam puisinya Rumi juga menyampaikan
bahwa Tuhan, sebagai satu-satunya tujuan, tidak ada yang menyamai.
Kumpulan puisi Rumi yang terkenal bernama al-Matsnawi
al-Maknawi. Konon adalah sebuah revolusi terhadap Ilmu kalam yang sudah
kehilangan semangat dan kekuatannya. Isinya juga mengeritik langkah dan arahan
filsafat yang cenderung melampaui batas, mengebiri perasaan dan mengkultuskan
rasio.
Ciri khas lain yang membedakan puisi Rumi dengan karya sufi
penyair lain adalah seringnya ia memulai puisinya dengan menggunakan
kisah-kisah. Tapi hal ini bukan dimaksud ia ingin menulis puisi naratif.
Kisah-kisah ini digunakan sebagai alat pernyataan pikiran dan ide.
Tempat dimana Rumi mendirikan sekolah dan tempat dimana
kemudian beliau dimakamkan itulah kemudian didirikan museum Mevlana.


Whirling Darvishes (100 USD perenterence) tetapi dengan pakej Andalusia tak pelu beli tiket kerana telah dimasukkan dalam harga pakej.
Tarian Sufi ini diiringi bacaan Al Quran dan puji-pujian kepada Rasulullah SAW.
Bangunan muzium Mevlana ini besar dan berkubah turqoise kelihatan seperti masjid besar tapi sebenarnya sebuah makam agung berhias indah untuk pendita dan pelajarnya.
No comments:
Post a Comment