Wednesday, 8 October 2014

Istanbul

21 sept 2014 bersamaan ahad rombongan kami bertolak dari Bolu ke Istanbul memakan masa 3 jam.Awal pagi jam 7 pagi telah berada di dalam bas untuk ke Istanbul.Keluar hotel sangat sejuk suhu mencecah 10 degree celcius.Bila bercakap keluar asap/wap air.Sepanjang perjalanan baru lah nampak hutan itu pun pokok ru/pine.Cadangnya kami akan ke shopping Mall yang ke 2 terbesar di Euro.Wou hebat kedengararannya sehingga terpaksa membatalkan satu event yang sangat aku ingin kan iaitu sepatutnya menziarahi masjid sulaimaniye dan masjid Abu Ayub Ansari serta kubur
 
Di Istanbul kami bermalam di hotel Encore.Suasana jalan raya hari minggu cantik dan udara bersih n nyaman.

 
Di tepi selat Bosphorus ramai yang santai berkeluarga.
 Sebaik sampai dari Bolu kami diberi peluang shopping di Mall ke 2 terbesar di Eropah.Dan keesokkan harinya sebelum pulang ke Malaysia kami berkesempatan shopping di Grand Bazar.Paginya breakfast di hotel barulah jumpa dalca yang sedap untuk dimakan bersama roti Turkish.

 Bergambar di depan hotel Encore.
    Sempat mengambil gambar tanah perkuburan di Kota Istanbul.Kubur di lereng bukit.Dan di sana sini terdapat masjid-masjid kecil.
 
     Dia atas jambatan ramai kaki pancing sabar mengail ikan dengan meriahnya.
 
 
 Masjid di Turki sentiasa sama bentuk dan warna seperti Masjid Biru.

No comments:

Post a Comment